Uthman bin affan
Uthman bin
Affan berasal daripada keluarga Umayyah yang lahir pada tahun 574M. Beliau
dilantik menjadi khalifah pada tahun 644 M selepas Umar Al-Khattab meninggal
dunia. Semasa itu, beliau berumur 70 tahun,
memerintah selama 12 tahun ( 644-656 ) M dan meninggal dunia semasa
berumur 82 tahun akibat diserang oleh penentang-penentangnya.
Dari tahun pertama hingga tahun
keenam, pemerintahannya penuh dengan kejayaan dan kegemilangan. Empayar Islam
berkembang luas hingga ke Iran, Afghanistan, Afrika Utara, Pulau Cyprus, Pulau
Rhodes, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco, dan beberapa kawasan di
eropah. Beliau juga membangunkan Armada Islam hingga berjaya melumpuhkan armada
Rom. Tetapi dari tahu ke-6 hingga tahun ke-12 pemerintahanya berlaku kacau
bilau hingga berakhir dengan pembunuhan.
Orang yang bertanggungjnawab
menimbulkan huru-hara itu adalah Abdullah bin Sabak, Yahudi yang berpura-puran
memeluk Islam. Dia menghasut orang ramai supaya menentang Khalifah Uthman bin
Affan dengan tuduhan tidak layak serta menyalahgunakan kuasa.
Uthman bin Affan menndapat gelaran
Zun Nurain yang bererti memiliki dua cahaya kerana mengahwini dua orang puteri
Rasulullah iaitu Ruqayah dan kemudiannya dengan Ummu Kalthum selepas Ruqayah
meninggal dunia.
Uthman bin Affan antara orang yang
terawal memeluk agama Islam selepas Abu Bakar as-Siddiq. Beliau diantara 10
orang sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Beliau terkenal dengan
sifat lemah-lembut, pemalu dan berbudi peekerti mulia.
Rasulullah pernah bersabda, “Saya
memohon kepada Allah supaya tidak ada seorang pun yang pernah menjadi menantuku
ataupun menjadi mertuaku dimasukkan kedalam neraka.”
Rasulullah bersabda lagi, “Tiap-tiap
nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku didalam syurga.”
Ramai berpendapat bahawa punca
kekecohan yang berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan adalah
kerana campur tangan keluarga Bani Umaiyah dalam urusan pentadbiran Negara.
Contohnya beliau melantik Marwan al-Hakam menjadi setiausahanya. Kemudian
memecat Amru al-Ash sebagai gabenor mesir dan digantikan dengan Abdullah bin
Saad. Beliau juga dikatakan mengutakan keluarga sendiri.
Ada juga yang berpendapat kononnya
berlaku perselisihan faham antara Khalifah Uthman bin Affan dengan seorang
sahabat sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abu Zar al-Ghifari hingga beliau
dibuang negeri. Sebenarnya tidak ada sebarang perselisihan faham pun diantara
mereka berdua. Memang bernar Abu Zar al-Ghifari pernah menegur Muawiyah,
gabenor Syam yang dianggap hidup terlalu mewah. Tetapi Muawiyah menerima
tegerun itu dan tidak ada sebarang perasan dendam pun kepada Abu Zar
al-Ghifari.
Antara
jasa Khalifah Uthman bin Affan yang besar adalah penyusunan semula Al-Quran.
terima kasih
ReplyDeleteOk
ReplyDeleteMantap jiwA
ReplyDeleteGila gila la geng
ReplyDeleteminta izin ingin copy
ReplyDelete