Saturday, April 5, 2014

Riwayat Hidup Saidina Umar al Khattab Ringkas dan Padat


Umar al khattab

Umar al Khattab dilahirkan 42 tahun sebelum hijrah. Usianya 12 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Pada mulanya beliau antara orang Quraisy yang paling keras menentang Islam serta memusuhi Rasulullah SAW. Tetapi pada usianya 35 tahun dia mendapat hidayah lalu terus memeluk agama Islam.
            Nama sebenar dan jurai keturunannya ialah seperti berikut : Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza bin Ryah bin Abdullah bin Qurti bin Rizah bin Adiyyi bin Kaab.
            Nama ibunya ialah Hantamah binti Hisyam bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Abu Jahal adalah bapa saudara kepada Umar al-Khattab. Semasa jahilliah mereka sama-sama memusuhi Rasulullah SAW. Tetapi sesudah memeluk Islam, Umar al Khattab memusuhi Abu Jahal.
            Umar al Khattab daripada keluarga Bani Adi.  Sebelum Islam beliau menjadi duta kepada kaum Quraisy. Sekiranya berlaku peperangan, beliau dihatar sebagai duta atau perunding bagi pihak Quraisy.
            Tetapi selepas memeluk Islam, hatinya yang keras digunakannya bagi membela Islam. Sifat berani dan kegagahannya digunakan bagi menentang  mereka yang memusuhi Rasulullah sehingga mendapat gelaran al-Faruq yang bermakna orang yang berani menyatakan kebenaran. Beliau adalah antara orang yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW.
            Selepas dilantik menjadi khalifah, beliau meneruskan usaha yang dilakukan Abu Bakar as-Siddiq bagi membebaskan umat Islam daripada ancaman kuasa Rom dan Parsi. Beliau Berjaya membebaskan semenanjung tanah Arab daripada kekuasaan Rom dan Parsi.  Syria, Jordan, Iraq dan Mesir berjaya ditaklukinya. Kemuncak kejayaannya ialah apabila berjaya menakluk Jarusalem daripada kekuasaan Rom.
            Beliau memerintah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari. Selama pemerintahannya, Khalifah Umar al Khattab bukan sahaja berjaya menundukkan kuasa Rom dan Parsi malah berjaya membuat pembaharuan dalam pemerintahan Islam.
            Beliau memperkenalkan pasukan polis bagi menjaga keselamatan dan keamanan awam serta memberi bantuan kepada rakyat yang miskin termasuk yang bukan beragama Islam. Beliau membina markas tentera serta membangunkan pelabuhan bagi menguatkan angkatan tenteranya. Beliau membina bandar-bandar baharu bagi mengambangkan budaya Islam. Beliau mamajukan sitem pertanian serta menyusun ekonomi Islam. Beliau juga mengasakan sistem pelajaran Islam.
http://www.blogpingtool.com

No comments:

Post a Comment