Sejarah Kota madinah
Asal nama
Madinah adalah Yathrib. Sebuah kawasan yang tanahnya subur dan mempunyai
saliran yang baik. Kaya dengan tanaman kurma, anggur, limau dan
lain-lain.Kesuburan tanahnya membuatkan Madinah didatangi oleh orang dari
selatan dan utara.
Selepas orang Greek dan Rom menakluk
Palestin, mereka menghalau orang Yahudi keluar dari negari itu. Mereka
berpindah ke Yathrib, yang kini dikenali sebagai Madinah. Antara puak Yahudi
itu adalah Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani Qainuqa.
Kemudia dating pula orang dari Saba’
iaitu Yaman selepas empangan Maarib pecah. Mereka daripada suku Aus dan
Khazraj. Mereka adalah orang Arab.
Orang arab ini berjaya mengatasi
orang Yahudi di Madinah. Ini menyebabkan orang Yahudi sakit hati lalu menghasut
penduduk Madinah sehingga berlakunya peperangan sesame mereka. Sejak itu,
Madinah tidak lagi aman. Selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah,
barulah mereka dapat hidup aman dan Islam berkembang.
No comments:
Post a Comment