Saidina abu bakar as-siddiq
Abu Bakar
As-Siddiq lahir pada tahun 570 Masihi. Nama sebenar beliau Abdul Kaabah bin
Usman. Ibunya bernazar sekiranya mendapat anak lelaki dinamakan Abdul Kaabah
yang bermaksud hamba Kaabah. Ayahnya bernama Usman atau lebih dikenali dengan
nama Abu Quhafah daripada keturunan Bani Tamim. Digelar Abu Bakar yang
bermaksud ayah unta muda kerana pada mudanya beliau suka memelihara anak-anak
unta. Mendapat gelaran as-Siddiq yang bermakana membenarkan kerana beliau
sentiasa membenarkan apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
Ibunya bernama Salma binti Shakhar
atau dikenali dengan nama Ummu Khair yang bererti ibu yang baik. Jurai
keturunannya bertemu dengan jurai
keturunan Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Bakar bin Usman bin Amir bin Kaab bin
Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihir at Tamimi.
Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai
khalifah yang pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 632 M. Beliau
meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir 13 H bersamaan 23 Ogos 634 H akibat
demam.
Semasa berhijrah dari Makkah ke
Madinah, Nabi Muhammad SAW memilih Abu Bakar sebagai teman dalam perjalanan.
Mereka bermalam di Gua Thsur. Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq, Aisyah
menjadi isteri Rasulullah SAW.
Ketika Nabi Muhammad SAW sakit,
baginda melantik Abu Bakar menjadi imam. Disebabkan itu, selepas nabi Muhammad
SAW wafat, baginda dilantik menjadi khalifah.
Walaupun Khalifah Abu Bakar
as-Siddiq memerintah dua tahun tiga bulan
sepuluh hari sahaja namun sudah menundukkan mereka yang murtad, enggan
membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Selepas berjaBerjayaatasi masalah
dalaman, beliau menumpukan perhatian kepada kerajaan Rom dan Parsi yang sekian
lama mengancam umat Islam.
Jasa khlifah Abu Bakar as-Siddiq
ialah mengumpulkan semua ayat-ayat Al-Quran. Ini berlaku selepas ramai
penghafaz ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat
Islam akan kehilangan ayat-ayat suci Al-Quran itu maka Khalifah Abu Bakar
as-Siddiq menyuruh Umar Al-Khatab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua
ayat Al-Quran. Itulah kitab suci Al-Quran yang dikenali sehingga hari ini.
Walaupun Khailifah Abu Bakar
as-Siddiq memegang tampuk pemerintahan Islam, namun beliau memilih hidup
sederhana. Beliau tetap meluangkan masa pergi membeli barang-barang keperluan
keluarganya dan menjadi imam solat di Masjid Nabi Madinah.
Sebelum meninggal dunia, beliau
sempat meninggalkan wasiat dengan melantik Umar al Kakhatab sebagai
penggantinya. Dengan ini dapat mengalakkan perebutan kuasa selepas kematiannya.
Terima kasih........
ReplyDeleteThank you........
GOOD, THANK YOU
ReplyDelete