Saturday, April 5, 2014

Kisah Saidina Abu Bakar : Zaman Kanak-Kanak Menuju Dewasa

Saidina abu bakar

Zaman Kanak-Kanak Menuju Dewasa

Malam itu bintang tidak kelihatan kerana diselaputi awan. Suasana perkampungan Masfalah yang terletak di kawasan tanah rendah Kota Makkah sunyi sepi kerana penduduknya sedang tidur. Cuma Usman atau Abu Quhafah sahaja yang belum tidur. Dia cuba melelapkan mata tetapi masih belum terlena. Dia berasa kesunyian.
            “Kepada siapakah akan aku wariskan sekiranya tidak ada anak lelaki?” Dia mengeluh sendirian.
            Abu Quhafah baru sahaja pulang dari Yaman dengan membawa keuntungan yang banyak hasil daripada perniagaannya. Dia terkenal dengan hartawan Quraisy. Dia dipandang mulia oleh kaumnya, Bani Tamim. Cuma satu kekurangannya kerana masih belum mempunyai anak lelaki.
            “Kita pernah mempunyai tiga orang anak lelaki tetapi semuanya meninggal dunia semasa masih kecil. Marilah kita berdoa kepada Tuhan semoga anak yang saya kandung ini seorang lelaki dan umurnya dipanjangjkan Tuhan.” Kata Salma, isteri Abu Quhafah.
            “Bagaimana esok kita sama-sama pergi berdoa di hadapan Kaabah? Semoga kita mendapat anak lelaki yang sihat dan panjang umunya.” Kata Abu Quhafah mencadangkan.
            “Saya setuju. Semoga doa kita diperkenankan Tuhan.” Jawab Salma pula.
            Keesokan harinya sebelum matahari terbit, Abu Quhafah dan Salma sudha berada di hadapan Kaabah. Mereka berdoa dengan penuh khusyuk dengan harapan doa mereka dimakbulkan.
“Wahai Tuhan Kaabah, aku bernazar sekiranya mendapat anak lelaki akanku namakannya Abdul Kaabah. Semoga Tuhan panjangkan umurnya.” Salma berdoa dengan penuh pengharapan.
            Doa Salma dimakbulkan Tuhan. Tidak lama kemudian, dia melhirkan seorang anak lelaki yang comel lalu diberi nama Abdul Kaabah seperti mana nazarnya. Salma menggendong anak yang baru dilahirkannya lalu dibawanya ke hadapan Kaabah.
            “Wahai Tuhanku, bebaskanlah anak ini daripada kemurkaanmu. Panjangkanlah umurnya dan berikanlah dia kepada aku.” Doa Salma.
            Doanya dimakbulkan Tuhan. Anak lelaki itu terus membesarkan dengan sihat. “Nama sebenar anak ini Abdul Kaabah tetapi mari kita panggilnya dengan nama gelaran Abu Bakar. Semoga Tuhan panjangkan umurnya.” Kata Abu Quhafah.
            Semenjak itu, orang ramai memanggilnya Abu Bakar yang membawa  makna unta muda.
            “Pada malam kelahiran anak ini, saya bermimpi bintang jatuh di atas rumah kita.” Kata Salma sambil menyuruh suaminya mentafsirkan mimpi itu.
            “ Apabila besar kelak, anak kita ini akan menjadi orang yang ternama. Tetapi lebih baik jangan diceritakan mimpi itu kepada sesiapa. Takut ada yang dengki lalu membunuhnya.” Kata Abu Quhafah sambil melahirkan rasa bimbang kerana bunuh membunuh sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat Arab jahiliah.
            “Abu Bakar dilahirkan dua tahun setengah selepas peristiwa tentera bergajah menyerang Makkah. Semoga dia menjadi pelindung Kaabah.” Kata Salma sambil mengangkat tangannya lalu berdoa.
            “Wahai Tuhan, semoga tentera bergajah dari Habsyah tidak dating lagi. Tetapi sekiranya mereka dating juga ataupun ada tentera dari negara lain yang datang untuk meruntuhkan Kaabah, maka jadikanlah anak aku ini sebagai pahlawan yang mentang mereka.” Doa Salma dengan bersungguh-sungguh.
            Dia memang berharap apabila dewasa kelak Abu Bakar menjadi seorang pahlawan yang terkenal. Bukan sahaja penyelamat kaum Quraisy tetapi juga menyelamatkan Kaabah. Itu harapan Salma.
            Perbualan mereka terhenti apabila didatangi seorang tetamu yang amat mereka hormati. “Selamat datang wahai Abdul Mutalib. Kami amat gembira dengan kedatangan tuan yang pastinya membawa tuah kepada anak kami yang baru dilahirkan.” Kata Abu Quhafah sambil menyambut kedatangan tetamunya dengan gembira.
            “Saya datang untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana sudah mendapat anak lelaki. Semoga umurnya panjang dan apabila besar nanti, menjadi pahlawan Quraisy yang terbilang.” Kata Abdul Muttalib.
            “Terima kasih, tuan. Semoga doa yang baik itu dimakbulkan Tuhan.” Kata Salma dengan gembira.
            “Siapakah budak yang tuan bawa ini? Tanya Abu Quhafah sambil menunjuk kearah seorang kanak-kanak lelaki yang dibawa Abdul Muttalib.
            “Inilah cucu saya yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ibunya bernama Siti Aminah. Sejak kecil anak ini dipelihara oleh ibu susunya yang bernama Siti Halimah. Dia tinggal diperkampungan Bani Sa’ad. Muhammad baru sahaja dihantar kepada kami.” Jawab Abdul Muttalib sambil menyatakan rasa gembiranya kerana cucu kesayangannya sudah dikembalikan oleh Siti Halimah kepadanya.
            “Anak ini sungguh comel dan baik budi pekertinya. Semoga dia menjadi sahabat kepada anak kami, Abu Bakar.” Kata Abu Quhafah pula.
            “Nama dia Muhammad. Satu nama yang belum pernah diguna orang Arab. Mengapa dia diberi nama Muhammad?” Tanya Salma pula.
            “Siti Aminah yang minta supaya anaknya dinamakan Muhammad. Katanya ada yang membisikkan ke telinganya supaya anak ini dinamakan Muhammad. Nama itu amat serasi dengannya.” Jawab Abdul Muttalib.
            Kemudian katanya lagi, “ Ayah Muhammad sudah meninggal dunia. Ibunya pula balu yang miskin. Tetapi kasih sayang saya kepadanya melebihi anak sendiri. Pada hari dia dilahirkan, saya kendong budak ini lalu saya bawa masuk ke dalam Kaabah. Itulah hari yang paling menggembirakan hati saya.” Kata Abdul Muttalib sambil menceritakan detik-detik kelahiran Muhammad.
            “Apakah yang menyebabkan tuan begitu sayang kepada Muhammad?” Tanya Abu Quhafah pula.
            “Pada hari Muhammad dilahirkan, suasana amat tenang dan tenteram. Hati saya terlau gembira menyambut kelahirannya. Siti Aminah yang melahirkan anaknya pula tidak berasa sakit. Bidan yang menyambut kelahirannya terasa seperti dibantu oleh makhluk-makhluk ghaib.” Jawab Abdul Muttalib.
            “Muhammad lahir membawa tuah. Itu diakui sendiri oleh Halimah, ibu susuannya.” Kata Abdul Muttalib lagi.
            Menurut Abdul Muttalib, disebabkan Muhammad tidak mempunyai ayah dan ibunya pula miskin maka tidak ada seorang pun yang sudi mengasuh dan menyusukan dia kecuali Halimah. Itupun selepas dia tidak mendapat bayi lain. Tetapi sebaik sahaja Siti Halimah melihat wajah Muhammad lantas dia berasa sayang lalu bersetuju mengambilnya sebagai anak susuan.
            “Menurut Siti Halimah, keajaiban yang mula-mula dialaminya apabila unta yang ditungganginya bersama Muhammad dapat berjalan pantas sehingga dapat mengejar unta-unta yang berjalan dahulu daripada mereka. Ini menimbulkan rasa hairan penunggang unta yang lain, bagaimana pula unta yang kurus kering dapat berjalan pantas mendahului mereka.” Kata Abdul Muttalib.
            Kemudian katanya lagi, “Kehidupan Siti Halimah dan keluarganya semakin senang dan bahagia semenjak Muhammad tinggal bersama mereka. Pohon-pohon kurma mereka berbuah lebat. Kambing yang mereka ternak membiak dan banyak susunya. Sedangkan ibu-ibu susuan yang lain, kehidupan mereka masih tidak berubah walaupun anak susuan mereka berasal daripada keluarga yang kaya. Ini membuatkan mereka memuji Muhammad yang menjadi anak susuan Siti Halimah.”
            Abu Quhafah dan Salma tertarik dengan apa yang diceritakan oleh Abdul Muttalib. Mereka juga berasa jatuh hati kepada Muhammad dan berharap kelak dia bersahabat baik dengan Abu Bakar.
            “Menurut Siti Halimah, berlaku suatu perkara aneh kepada Muhammad. Sebab itu dia segera memulangkan Muhammad kepada kami.” Kata Abdul Muttalib.
            “Peristiwa aneh? Boleh ceritakan kepada kami?” Tanya Abu Quhafah.
            “Baiklah, saya ceritakan.” Jawab Abdul Muttalib.
            Kemudian dia mengulangi semula apa yang diceritakan oleh Siti Halimah. “Ketika Muhammad sedang bermain dengan kawan-kawannnya, tiba-tiba datang dua orang lelaki dengan berpakaian serba putih. Mereka menangkap Muhammad lalu dibaringkan ke atas tanah. Kanak-kanak yang lain ketakutan lalu mereka lari pulang ke rumah. Anak Siti Halimah turut pulang ke rumah lalu mengadu kepada ibunya perkara yang dilihatnya. Siti Halimah berasa cemas lalu mengajak keluarganya mencari Muhammad. Apabila sampai mereka dapati Muhammad selamat seolah-olah tidak berlaku apa-apa kepadanya.” Jelas Abdul Muttalib.
            Abu Quhafah dan Salma berasa hairan mendengarnya lalu bertanya,”Apa yang lelaki itu lakukan kepadamu, wahai Muhammad?”
            “Mereka membelah dada saya lalu membasuh hati saya dengan air zam-zam. Tetapi saya tidak berasa sakit.” Jawab Muhammad dengan jujur.
            “Bolehkah kita mempercayai kata-kata Muhammad?” Tanya Abu Quhafah.
            “Kanak-kanak tidak pandai berbohong. Lagipun kejadian itu dilihat oleh kanak-kanak lain. Mereka semua mengatakan Muhammad ditangkap oleh dua orang lelaki lalu dibaringkan ke atas tanah. Sekali lagi saya katakan kanak-kanak tidak pandai bercakap bohong. Tambahan pula Muhammad diajar bercakap benar.” Jawapan Abdul Muttalib memuaskan hati Abu Quhafah.
            Sejak hari itu, Muhammad dan Abu Bakar sering bertemu. Walaupun rumah mereka agak berjauhan kerana Abu Bakar tinggal di Maslafah dan Muhammad di Syiab Ali yang terletak di bahagian atas Kota Makkah. Kadangkala Siti Aminah yang berkunjung ke rumah Salma akan membawa Muhammad bersamanya. Pada hari yang lain, giliran Salma pula yang datang berkunjung ke rumah Aminah membawa Abu Bakar. Mereka mempunyai ikatan kekeluargaan yang rapat.
              Tambahan pula, hubungan keluarga antara mereka sudah rapat semenjak dahulu. Jurai keturunan Abu Bakar bin Abu Quhafah bin Amir bin Kaab bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihir al-Tamimi. Jurai keturunan ibunya pula, Ummu al-Khair Salma binti Sokhr bin Amir bin Kaab bin Saad bin Taim bin Murrah.
            Semenjak kecil, Abu Bakar dan Muhammad dididik dengan penuh kasih sayang. Mereka berkawan rapat. Tambahan pula kedua-duanya sama-sama berbudi pekerti mulia dan disenangi oleh masyarakatnya. Mereka berdua tidak pernah menyembah berhala, meminum arak dan melakukan maksiat yang biasa dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliah.
            “Saya tidak meminum arak demi menjaga kehormatan diri dan maruah saya. Sesungguhnya mereka yang minum arak itu merosakkan akal dan nama baiknya.” Jawab Abu Bakar apabila ditanya mengapa beliau tidak meminum arak.
            Selain Abu Bakar dan Muhammad, terdapat tiga orang lagi yang tidak pernah menyembah berhala. Mereka ialah Qas bin Saidah al-Yadi, Zaid bin Amir bin Nufail, dan Waraqah bin Naufal. Tiga orang tua itu masih berpegang teguh kepada agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Daripada merekalah Abu Bakar mendapat tahu bahawa Allah akan mengutuskan seorang nabi di kalangan mereka.
            “Wahai Muhamammad, di kampong seberang diadakan keramaian. Ada tarian, nyanyian dan pelbagai hiburan. Mahukah kamu sekiranya saya ajak pergi ke sana?” Tanya Abu Bakar.
            Disebabkan tidak sampai hati hendak menghampakan harapan sahabat baiknya, maka Muhammad bersetuju menerima pelawaan itu. Mereka berjalan kaki dengan sekumpulan anak muda untuk ke kampong seberang. Di pertengahan jalan, Muhammad berasa sangat mengantuk. Beliau mengajak Abu Bakar berhenti berehat di bawah sepohon kurma.
            Kemudian Muhammad tertidur lena. Abu Bakar tidak sampai hati mengejutnya. Beliau membiarkan sahabat baiknya itu tidur sehingga menjelang petang. Apabila Muhammad terjaga, pesta keramaian itu sudah selesai dan orang ramai sudah pulang ke rumah masing-masing.



Abu Bakar menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini gadis pilihannya bernama Qatilah binti Saad. Pada hari perkahwinan mereka, ramai tetamu yang datang termasuk wanita bernama Khadijah binti Khuwailid.
            “Wahai Khadijah, kamu wanita yang kaya dan mempunyai rupa paras yang cantik. Ramai lelaki yang mahu menjadikan kamu isterinya. Pilihlah mana-mana yang berkenaan di hati bagi dijadikan suami.” Kata Qatilah. Kedua-duanya bersahabat baik.
            “Saya sudah dua kali berkahwin tetapi gagal. Kedua-dua lelaki itu berkahwin dengan saya kerana harta. Bukan kerana cinta dan kasih sayang. Oleh itu, saya takut untuk bersuami lagi.” Kata Khadijah berterus terang.
            “Pilihlah lelaki baik seperti suami saya. Kelak kehidupanmu bahagia.” Pujuk Qatilah.
            Khadijah berpaling kea rah Abu Bakar lalu bertanya, “Wahai Abu Bakar, masih adakah lelaki yang baik seperti kamu di kalangan Quraisy?”
            Abu Bakar tersenyum lalu menjawab, “Saya mempunyai sahabat bernama Muhammad. Dia lebih baik daripada saya. Kami bersahabat sejak kecil. Kami pernah sama-sama pergi berniaga hingga ke Syam.”
            “Boleh kenalkan saya dengan Muhammad?” Khadijah mula tertarik hati dengan lelaki yang dikatakan oleh Abu Bakar.
            “Dia pemuda yang pemalu. Tidak bebas pergaulannya. Tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah meminum arak.” Kata-kata Abu Bakar membuatkan Khadijah semakin tertarik dengan Muhammad.
            Semenjak hari itu, Khadijah mula tertarik hati mahu mengenali pemuda yang bernama Muhammad. Dia mencari ikhtiar supaya dapat bertemu dengan pemuda itu.
            Sekali lagi Khadijah menemui Abu Bakar. “Saya memerlukan pekerja yang rajin, jujur serta elok kelakuannya. Boleh kamu tolong carikan supaya dapat membantu saya dalam perniagaan?” Tanya Khadijah.
            “Pada pendapat saya, Muhammad yang paling layak. Dia juga pandai berniaga. Tidak rugi kamu mengambilnya sebagai pembantu.” Jawab Abu Bakar lalu menceritakan hal Muhammad.
            “Boleh kamu suruh dia datang berjumpa saya pada hari ini juga?” pinta Khadijah.
            “Mengapa tergesa-gesa?” Tanya Abu Bakar pula.
            “Barang-barang dagangan saya sudah siap untuk dibawa ke Syam. Sebab itu saya memerlukan pembantu yang dapat dipercayai bagi membawa barang-barang perniagaan itu.” Jawab Khadijah.
            “Kamu pulanglah ke rumah dahulu. Petang nanti saya datang bersama Muhammad.” Kata-kata Muhammad menggembirakan hati Khadijah.
            Petang itu seperti yang dijanjikan, Abu Bakar membawa Muhammad datang ke rumah Khadijah. Apabila terpandang sahaja wajah Muhammad, Khadijah mula tertarik hati.
            “Wahai Muhammad, mahukah kamu sekiranya saya berikan amanah membawa barang-barang dagangan saya ke Syam bagi diniagakan?” Tanya Khadijah.
            Muhammad menganggukkan kepala tanda bersetuju menerima tawaran itu. “Sahabat saya seorang yang jujur dan amanah. Dia tentu membawa keuntungan yang banyak kepadamu, wahai Khadijah.” Kata Abu Bakar pula.
            “Sekiranya dia bersetuju maka saya sanggup memberikan upah dua kali ganda. Pemergianmu nanti ditemani oleh pembantu saya yang bernama Maisarah.” Kata Khadijah.
            “Mengapa tuan tidak turut serta?” Tanya Abu Bakar pula.
            “Saya ada urusan lain yang lebih mustahak. Sebab itu saya wakilkan kepada Muhammad bagi memperniagakan barangan saya.” Jawab Khadijah.
            “Saya juga tidak pergi ke Syam kali ini kerana saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Saya yakin Muhammad pulang membawa keuntungan yang banyak.” Balas Abu Bakar pula.
            Kemudian Abu Bakar dan Muhammad pulang ke rumah mereka.
            Khadijah terus memanggil Maisarah. “Saya arahkan kamu menemani Muhammad membawa barang-barang dagangan ke Syam. Tugas kamu adalah memerhatikan tingkah laku Muhammad. Apa yang dilakukannya sepanjang perjalanan pergi dan balik. Apa yang dilakukannya semasa di Syam. Siapa orang yang dihubunginya apa kata orang kepadanya. Semuanya hendaklah kamu laporkan kepada saya tanpa ada satu perkara pun yang disembunyikan.” Kata Khadijah.
            “Baiklah, puan. Saya berjanji memerhatikannya setiap masa dan melaporkan semuanya kepada puan.” Janji Maisarah pula.
            Bagi Khadijah itu adalah satu ujian buat Muhammad. Sekiranya Muhammad lulus dalam ujian itu maka Khadijah boleh menaruh harapan tinggi kepada Muhammad. Tetapi sekiranya gagal, maka dia bercadang melupakan sahaja keinginan bersuami. Dia terpaksa melakukan ujian itu supaya tidak dikecewakan lagi oleh suaminya. Sekiranya dia berkahwin kali ketiga, maka bakal suaminya mestilah lebih baik daripada suaminya yang terdahulu.
            Sebelum Muhammad berangkat ke Syam, Abu Bakar sempat bertemu dengannya. “Wahai Muhammad, Khadijah meenaruh harapan tinggi padamu. Jangan sia-siakan harapannya. Saya doakan semoga selamat pergi dan balik dengan membawa keuntungan yang menggembirakan Khadijah.” Pesan Abu Bakar.
            Tidak lama kemudian, Muhammad dan Maisarah pulang dari Syam. Abu Bakar dan Khadijah menyambut kepulangan mereka sambilo bertanya pengalaman memperdagangkan barang-barang Khadijah di Syam.
            “Sesungguhnya banyak perkara ajaib berlaku sepanjang perjalanan kami ke Syam.” Kata Maisarah memulakan ceritanya.
            “Sepanjang perjalanan pergi dan balik kami dilindungi oleh awan. Dengan itu, kami tidak mengalami kepanasan. Pernah suatu hari, kami terpisah daripada qabilah yang kami ikuti. Awan itu memayungi kami tetapi tidak qabilah yang terpisah denga kami. Ini menyebabkan orang ramai berasa hairan lalu mengatakan itu semua sihir Muhammad.” Kata Maisarah.
            “Benarkah dia tukang sihir?” Tanya Khadijah.
            “Sesungguhnya saya mengenali Muhammad sejak kami kecil. Saya lebih mengetahui keadaan dia daripada orang lain. Muhammad bukan ahli sihir dan tidak pernah mempelajari ilmu sihir.” Jawab Abu Bakar.
            “Tetapi, bagaimana dia dapat menyuruh awan melindunginya seoanjang perjalanan?” Tanya Khadijah.
            Bagi Khadijah, sekiranya benar Muhammad ahli sihir, dia tidak mahu lagi berhubung dengannya. Baginya tukang sihir adalah antara manusia yang tidak boleh dipercayai.
            “Saya tidak tahu jawapannya. Tetapi saya akan berusaha mencari jawapannya. Cuma pada pendapat saya, ahli sihir tidak mampu menyuruh awan memayunginya.” Jawab Abu Bakar.
            “Ada lagi perkara pelik yang kamu alami sepanjang perjalanan ke Syam?” Tanya Khadijah kepada Maisarah.
            “Wahai puan, apa yang saya mahu ceritakan ini mungkin dapat menjawab persoalan mengapa sentiasa memayungi kami sepanjang perjalanan.” Jawab Maisarah.
             Menurut Maisarah, kabilah yang mereka tumpang berhenti rehat berhampiran dengan sebuah gereja. Muhammad dan Maisarah turut berhenti berehat. Paderi di dalam gereja itu keluar apabila melihat awan melindungi Muhammad yang sedang berehat. Kemudian paderi itu menyuruh orang menyediakan jamuan lalu menjemput semua anggota qabilah itu masuk ke dalam gereja. Tetapi Muhammad tidak mahu masuk.
“Masih adakah anggota qabilah yang belum masuk?” Tanya paderi itu.
“Semua sudah masuk kecuali pemuda bernama Muhammad.” Jawab ketua qabilah itu.
Paderi itu keluar lalu menjemput Muhammad masuk ke dalam gereja bagi bersama-sama menikmati hidangan yang disediakan. Apabila Muhammad masuk ke dalam gereja, maka awan itu beralih tempat memayungi kawasan gereja.
“Apa yang terjadi selepas itu?” Tanya Khadijah.
“Paderi itu bertanya perihal diri Muhammad. Jawab Muhammad, dia berbangsa Arab Quraiys dari suku kaum Bani Hasyim. Kemudian itu meminta Muhammad membuka bajunya bagi melihat satu tanda pada rusuk kanannya.” Jawab Maisarah.
“Apa terjadi selepas itu?” Tanya Khadijah lagi.
“Paderi itu berkata, sesungguhnya dia adalah nabi yang terakhir.” Jawab Maisarah.
“Di kalangan masyarakat Quraisy, Muhammad yang paling baik kelakuannya. Oleh itu, sememang layak sekiranya dia menjadi nabi.” Kata Abu Bakar.
“Memang benar Muhammad mempunyai sifat terpuji. Sepanjang perjalanan dia tidak pernah menyentuh saya. Malah dia menjaga keselamatan saya sepanjang perjalanan sehingga kembali ke Makkah. Saya tidak pernah berjumpa lelaki sepertinya.” Puji Maisarah pula.
Kemudian katanya lagi, “Semasa kami berniaga di Syam, orang ramai lebih suka membeli barang-barang jualan kami kerana Muhammad bersikap ramah, jujur, dan disenangi oleh pembeli. Dengan ini, semua barang yang kami bawa habis dijual dengan keuntungan berlipat kali ganda.”
“Wahai Abu Bakar, saya mengucapkan terima kasih kerana memperkenalkan saya dengan Muhammad. Sesungguhnya dia lelaki pilihan saya.” Kata Khadijah.
BlogPingSite

Riwayat Hidup Saidina Ali bin Abi Talib Ringkas dan Padat


Ali bin abi talib

Ali bin Abi Talib dilahirkan pada tahun ke-9 sebelum nabi Muhammad menjadi Rasul. Usianya 31 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad SAW. Ibunya bernama Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdul Manaf daripada keturunan Bani Hasyim. Ayahnya bernama Abu Talib bin Abdul Muttalib bin Hasyim.
            Nama asalnya Haidarah, Rasulullah memanggilnya Ali. Selain itu Rasulullah pernah juga memanggil Abu Turab.
            Ali bin Abi Talib dididik dan dibesarkan dalam rumah tangga Rasulullah.
            Beliau kanak-kanak pertama memeluk Islam ketika berumur 9 tahun. Beliau terkenal dengan orang yang alim dan bijaksana, penghafaz Al-Quran, seorang sasterawan dan ahli pidato, seorang pahlawan perang dann negarawan. Dia seorang yang berilmu dan cintakan ilmu.
            Ali juga adalah pelapor ilmu tauhid, ilmu mantiq, fiqih, ilmu nahu dan penulisan Bahasa Arab.
            Tubuh Ali tidak begitu tinggi tetapi tegap dan sasa. Matanya hitam alisnya tebal, kulitnya coklat dan janggutnya tebal. Dia sering tersenyum.
            Kata al- Mughirah, Ali kuat seperti singa. Kata Ibnu Abbas pula, aku belum pernah melihat orang yang mempunyai daya tarikan seperti Ali.
            Ali bin Abi Talib adalah Khulafa ar-Rasyidin keempat selepas Uthman bin Affan. Beliau memerintah selama empat tahun sembilan bulan.
            Khalifah Ali ditetak keningnya dengan pedang yang disapu muka  oleh Abdul Rahman bin Muljam pada waktu subuh 17 Ramadhan dan meninggal dunia pada 21 Ramdhan. Ketika itu beliau berumur 63 tahun.
http://www.blogpingtool.com

Riwayat Hidup Saidina Uthman bin Affan Ringkas dan Padat

Uthman bin affan

Uthman bin Affan berasal daripada keluarga Umayyah yang lahir pada tahun 574M. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 644 M selepas Umar Al-Khattab meninggal dunia. Semasa itu, beliau berumur 70 tahun,  memerintah selama 12 tahun ( 644-656 ) M dan meninggal dunia semasa berumur 82 tahun akibat diserang oleh penentang-penentangnya.
            Dari tahun pertama hingga tahun keenam, pemerintahannya penuh dengan kejayaan dan kegemilangan. Empayar Islam berkembang luas hingga ke Iran, Afghanistan, Afrika Utara, Pulau Cyprus, Pulau Rhodes, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco, dan beberapa kawasan di eropah. Beliau juga membangunkan Armada Islam hingga berjaya melumpuhkan armada Rom. Tetapi dari tahu ke-6 hingga tahun ke-12 pemerintahanya berlaku kacau bilau hingga berakhir dengan pembunuhan.
            Orang yang bertanggungjnawab menimbulkan huru-hara itu adalah Abdullah bin Sabak, Yahudi yang berpura-puran memeluk Islam. Dia menghasut orang ramai supaya menentang Khalifah Uthman bin Affan dengan tuduhan tidak layak serta menyalahgunakan kuasa.
            Uthman bin Affan menndapat gelaran Zun Nurain yang bererti memiliki dua cahaya kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah iaitu Ruqayah dan kemudiannya dengan Ummu Kalthum selepas Ruqayah meninggal dunia.
            Uthman bin Affan antara orang yang terawal memeluk agama Islam selepas Abu Bakar as-Siddiq. Beliau diantara 10 orang sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Beliau terkenal dengan sifat lemah-lembut, pemalu dan berbudi peekerti mulia.
            Rasulullah pernah bersabda, “Saya memohon kepada Allah supaya tidak ada seorang pun yang pernah menjadi menantuku ataupun menjadi mertuaku dimasukkan kedalam neraka.”
            Rasulullah bersabda lagi, “Tiap-tiap nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku didalam syurga.”
            Ramai berpendapat bahawa punca kekecohan yang berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan adalah kerana campur tangan keluarga Bani Umaiyah dalam urusan pentadbiran Negara. Contohnya beliau melantik Marwan al-Hakam menjadi setiausahanya. Kemudian memecat Amru al-Ash sebagai gabenor mesir dan digantikan dengan Abdullah bin Saad. Beliau juga dikatakan mengutakan keluarga sendiri.
            Ada juga yang berpendapat kononnya berlaku perselisihan faham antara Khalifah Uthman bin Affan dengan seorang sahabat sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abu Zar al-Ghifari hingga beliau dibuang negeri. Sebenarnya tidak ada sebarang perselisihan faham pun diantara mereka berdua. Memang bernar Abu Zar al-Ghifari pernah menegur Muawiyah, gabenor Syam yang dianggap hidup terlalu mewah. Tetapi Muawiyah menerima tegerun itu dan tidak ada sebarang perasan dendam pun kepada Abu Zar al-Ghifari.
            Antara jasa Khalifah Uthman bin Affan yang besar adalah penyusunan semula Al-Quran. 
BlogPingSite

Riwayat Hidup Saidina Umar al Khattab Ringkas dan Padat


Umar al khattab

Umar al Khattab dilahirkan 42 tahun sebelum hijrah. Usianya 12 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Pada mulanya beliau antara orang Quraisy yang paling keras menentang Islam serta memusuhi Rasulullah SAW. Tetapi pada usianya 35 tahun dia mendapat hidayah lalu terus memeluk agama Islam.
            Nama sebenar dan jurai keturunannya ialah seperti berikut : Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza bin Ryah bin Abdullah bin Qurti bin Rizah bin Adiyyi bin Kaab.
            Nama ibunya ialah Hantamah binti Hisyam bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Abu Jahal adalah bapa saudara kepada Umar al-Khattab. Semasa jahilliah mereka sama-sama memusuhi Rasulullah SAW. Tetapi sesudah memeluk Islam, Umar al Khattab memusuhi Abu Jahal.
            Umar al Khattab daripada keluarga Bani Adi.  Sebelum Islam beliau menjadi duta kepada kaum Quraisy. Sekiranya berlaku peperangan, beliau dihatar sebagai duta atau perunding bagi pihak Quraisy.
            Tetapi selepas memeluk Islam, hatinya yang keras digunakannya bagi membela Islam. Sifat berani dan kegagahannya digunakan bagi menentang  mereka yang memusuhi Rasulullah sehingga mendapat gelaran al-Faruq yang bermakna orang yang berani menyatakan kebenaran. Beliau adalah antara orang yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW.
            Selepas dilantik menjadi khalifah, beliau meneruskan usaha yang dilakukan Abu Bakar as-Siddiq bagi membebaskan umat Islam daripada ancaman kuasa Rom dan Parsi. Beliau Berjaya membebaskan semenanjung tanah Arab daripada kekuasaan Rom dan Parsi.  Syria, Jordan, Iraq dan Mesir berjaya ditaklukinya. Kemuncak kejayaannya ialah apabila berjaya menakluk Jarusalem daripada kekuasaan Rom.
            Beliau memerintah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari. Selama pemerintahannya, Khalifah Umar al Khattab bukan sahaja berjaya menundukkan kuasa Rom dan Parsi malah berjaya membuat pembaharuan dalam pemerintahan Islam.
            Beliau memperkenalkan pasukan polis bagi menjaga keselamatan dan keamanan awam serta memberi bantuan kepada rakyat yang miskin termasuk yang bukan beragama Islam. Beliau membina markas tentera serta membangunkan pelabuhan bagi menguatkan angkatan tenteranya. Beliau membina bandar-bandar baharu bagi mengambangkan budaya Islam. Beliau mamajukan sitem pertanian serta menyusun ekonomi Islam. Beliau juga mengasakan sistem pelajaran Islam.
http://www.blogpingtool.com

Riwayat Hidup Saidina Abu Bakar as-Siddiq Ringkas dan Padat

Saidina abu bakar as-siddiq

Abu Bakar As-Siddiq lahir pada tahun 570 Masihi. Nama sebenar beliau Abdul Kaabah bin Usman. Ibunya bernazar sekiranya mendapat anak lelaki dinamakan Abdul Kaabah yang bermaksud hamba Kaabah. Ayahnya bernama Usman atau lebih dikenali dengan nama Abu Quhafah daripada keturunan Bani Tamim. Digelar Abu Bakar yang bermaksud ayah unta muda kerana pada mudanya beliau suka memelihara anak-anak unta. Mendapat gelaran as-Siddiq yang bermakana membenarkan kerana beliau sentiasa membenarkan apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
            Ibunya bernama Salma binti Shakhar atau dikenali dengan nama Ummu Khair yang bererti ibu yang baik. Jurai keturunannya bertemu dengan  jurai keturunan Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Bakar bin Usman bin Amir bin Kaab bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihir at Tamimi.
            Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah yang pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 632 M. Beliau meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir 13 H bersamaan 23 Ogos 634 H akibat demam.
            Semasa berhijrah dari Makkah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW memilih Abu Bakar sebagai teman dalam perjalanan. Mereka bermalam di Gua Thsur. Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq, Aisyah menjadi isteri Rasulullah SAW.
            Ketika Nabi Muhammad SAW sakit, baginda melantik Abu Bakar menjadi imam. Disebabkan itu, selepas nabi Muhammad SAW wafat, baginda dilantik menjadi khalifah.
            Walaupun Khalifah Abu Bakar as-Siddiq memerintah dua tahun tiga bulan  sepuluh hari sahaja namun sudah menundukkan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Selepas berjaBerjayaatasi masalah dalaman, beliau menumpukan perhatian kepada kerajaan Rom dan Parsi yang sekian lama mengancam umat Islam.
            Jasa khlifah Abu Bakar as-Siddiq ialah mengumpulkan semua ayat-ayat Al-Quran. Ini berlaku selepas ramai penghafaz ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam akan kehilangan ayat-ayat suci Al-Quran itu maka Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Umar Al-Khatab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat Al-Quran. Itulah kitab suci Al-Quran yang dikenali sehingga hari ini.
            Walaupun Khailifah Abu Bakar as-Siddiq memegang tampuk pemerintahan Islam, namun beliau memilih hidup sederhana. Beliau tetap meluangkan masa pergi membeli barang-barang keperluan keluarganya dan menjadi imam solat di Masjid Nabi Madinah.
            Sebelum meninggal dunia, beliau sempat meninggalkan wasiat dengan melantik Umar al Kakhatab sebagai penggantinya. Dengan ini dapat mengalakkan perebutan kuasa selepas kematiannya.

www.blogpingtool.com

Ringkasan Tentang Sejarah Kota Madinah

Sejarah Kota madinah

Asal nama Madinah adalah Yathrib. Sebuah kawasan yang tanahnya subur dan mempunyai saliran yang baik. Kaya dengan tanaman kurma, anggur, limau dan lain-lain.Kesuburan tanahnya membuatkan Madinah didatangi oleh orang dari selatan dan utara.
            Selepas orang Greek dan Rom menakluk Palestin, mereka menghalau orang Yahudi keluar dari negari itu. Mereka berpindah ke Yathrib, yang kini dikenali sebagai Madinah. Antara puak Yahudi itu adalah Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani Qainuqa.
            Kemudia dating pula orang dari Saba’ iaitu Yaman selepas empangan Maarib pecah. Mereka daripada suku Aus dan Khazraj. Mereka adalah orang Arab.
            Orang arab ini berjaya mengatasi orang Yahudi di Madinah. Ini menyebabkan orang Yahudi sakit hati lalu menghasut penduduk Madinah sehingga berlakunya peperangan sesame mereka. Sejak itu, Madinah tidak lagi aman. Selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, barulah mereka dapat hidup aman dan Islam berkembang.
www.blogpingtool.com