Friday, February 21, 2014

SENJATA MENGHADAPI TIPU DAYA SYAITAN

SENJATA MENGHADAPI TIPU DAYA SYAITAN


MUSUH yang jahat bernama syaitan ini memang bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia. Kitapun telah mengetahui sasaran dan cara-cara syaitan dalam menyesatkan mangsanya. Jika manusia lalai tentang perkara ini, maka sesungguhnya syaitan akan menawannya dan mengarahkannya sesuai dengan kehendaknya.

       Ibnu Al-Jauziah telah menggambarkan pertarungan antara manusia dan syaitan dengan gambaran yang indah, katanya " Ketahuilah sesungguhnya hati itu laksana suatu benteng yang di atasnya dikelilingi oleh pagar-pagar. Pada pagar itu terdapat pintu-pintu dan celah-celah. Penghuninya adalah akal dan malaikat yang mengawal benteng itu. Di sekitarnay ada "rabadh" iaitu tempat yang di huni oleh hawa nafsu, syaitan juga menempati ruang itu tanpasebarang rintangan.

       Pertarungan sentiasa terjadi antara penghunibenteng dan penghuni rabadh. Syaitan sentiasa meronda di sekitar benteng mencari-cari pelang dari kelalaian manusia untuk menceroboh melalui celah-celah pagar. Oleh kerana itu hendaklah bagi penjaga benteng mengenal pasti semua pintu-pintu benteng yang dijaganya dan memastikan ke semua celah-celah. Jangan sampai lengah dari penjagaan walaupun hanya sesaat kerana sesungguhnya musuh tidak pernah lengah. Seseorang bertanya kepada Hasan Al-Bashri: "Adakah iblis itu tidur?" Hasan menjawab: "Sekiranya dia tidur, dapatlah kita beristirehat."

       Benteng ini disinari dengan zikir kepada Allah dan diterangi oleh Iman. Di dalamnya terdapat cermin yang membuat semua perkara yang melintas dekatnya nampak dengan jelas di dalamnya. Perkara pertama yang dilakukan oleh syaitan terhadap rabadhain (dua tempat) itu ialah membanyakkan asap sehingga membuat persekitaran benteng menjadi hitam danmengotori cermin. Kejernihan (kesempurnaan) fikiran dapat mengepam asap keluar dan kemurnian zikir pula dapat melicinkan cermin.

       Musuh melancarkan serangan dengan pelbagai cara. Sesekali ia masuk ke dalam benteng dan menyerang hendap pengawal kemudian keluar lagi. Kadang-kadang ia masuk dan memusnahkan, dan kadang-kadang ia tinggal disitu untuk hembusan angin yang menghalau asap keluar, sehingga asap bertakung dan menghitamkan kawasan benteng kerana lalainya kesepakatan yang disokong oleh hawa nafsu. Atau juga ia menjadi seperti ahli fewah dalam keburukan. 

(Dipetik dari buku Himpunan Kisah-kisah Jin Iblis Syaitan)
www.blogpingtool.com

No comments:

Post a Comment