Friday, February 21, 2014

KENDERAAN-KENDERAAN SYAITAN

KENDERAAN-KENDERAAN SYAITAN


KENDERAAN syaitan zaman dahulu termasuklah unta, kuda dan keldai. Pada zaman sekarang, kenderaan mereka berupa kereta dan seumpamanya seperti keretapi, kapal terbang dan lain-lain yang digunakan oleh manusia. Jika tuan-tuan mempunyai kenderanan dan tidak mengambil berat terhadap hal ini dengan tidak sama-sama menuju satu destinasi maka jadilah kenderaannya itu sebagai kenderaan untuk syaitan.

       Didalam hadis diterangkan, "Ada unta yang menjadi kenderaan bagi syaitan dan ada rumah yang menjadi rumah syaitan. Adapun unta yang menjadi kenderaan syaitan, aku telah melihatnya. Iaitu salah seorang kamu membawa keluar dengan membawa unta yang telah digemukkannya. Maka ia tidak menuggang seekor pun diataranya. Kemudian ia lalu pada saudaranya yang telah memberhentikannya, tetapi tidak mahu membawanya naik. Adapun rumah-rumah syaitan aku belum melihatnya."
                                                                                                                                        (H.R. Abu Daud)

       Boleh jadi rumah-rumah syaitan pada zaman sekarang ini sekiranya kereta yang dipandu pemiliknya melintasi orang-orang yang mempunyai hajat namun dia tidak menaikkan mereka ke atas kenderaannya.

       Kuda dan haiwan tunggangan lainnya yang dijadikan alat perjudian dan pertaruhan juga dikira sebagai kenderaan-kenderaan syaitan. Rasulullah SAW bersabda, "Kuda itu ada tiga iaitu kuda untuk Allah, kuda untuk syaitan dan kuda untuk manusia. Adapun kuda untuk Allah adalah yang digunakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanan kotoran dan kencingnya berada di dalam timbangnya. Kuda untuk syaitan adalah kuda yang diperjudikan atau dipertaruhkan. Sedangkan kuda untuk manusia ialah digunakan untuk perkhidmatan manusia sebagai menutupi keperluan."
                                                                                                     (H.R. Imam Ahmad dengan Isnad Sahih)


BlogPingSite.com

No comments:

Post a Comment