KISAH 1
JIN IKUT MASUK KHATAM AL-QURAN
ABU Amran At-Tamar menceritakan pengalaman ajaibnya berkenaan dengan Qari Hassan Al-Hafri. Pada suatu pagi sebelum masuk waktu fajar, Abu Amran telah bergegas ke masjid Al-Hafri untuk mengerjakan solat sunat dan berzikir. Akan tetapi sesampainya di masjid, beliau mendapati pintu masjid masih dikunci. Beliau hanya mengintai dari luar dan mendapati Syekh Hasan sedang duduk seorang diri sambil berdoa kepada Allah. Sebentar kemudian terdengar suara riuh di dalam masjid dengan tiba-tiba, Abu Amran mengintai lagi, ternyata lebih ramai orang duduk di belakang Hasan Al-Hafri sambil berkata: "Amin....amin....amin...."
Abu Amran duduk di luar pintu sambil mendengarkan mereka sehingga Hassan selesai berdoa, kemudian bangun dan berazan Subuh. Lepas itu beliau membuka pintu masjid dan Abu Amran pun masuk. Alangkah terkejutnya Abu Amran, apabila melihat tidak ada orang pun didalam masjid kecuali Hasan seorang. Sedangkan sebelumnya seperti ramai yang memenuhi ruang masjid. Sebentar kemudian barulah jiran-jiran masjid datang untuk solat Subuh. Abu Amran menunggu sehingga orang ramai selesai solat dan bertanya untuk meluahkan keharainannya kepada Hassan.
" Wahai Abu Said! Demi Allah aku melihat sesuatu yang sangat ajaib malam tadi." Kata Abu Amran.
" Apa yang engkau lihat?" Tanya Hassan Al-Hafri.
" Malam tadi aku melihat ramai orang sedang mengaminkan doa di belakangmu, akan tetapi apabila engkau membuka pintu masjid,aku tidak nampak seorangpun selain engkau. Pelik betul." Kata Abu Amran.
" Mereka adalah golongan jin Islam. Mereka sengaja datang beramai-ramai untuk khatam Al-Quran bersamaku setiap malam Jumaat. Setelah selesai, mereka pun beredar." Jawab Hasan Al-Hafri.
No comments:
Post a Comment