ADAB-ADAB BELAJAR
- Betulkan niat menuntut ilmu adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
- Mulakan dengan doa agar Allah memberikan kefahaman tentang segala yang akan dipelajari.
- Taat dan patuh kepada perintah guru selagi tidak melanggar syariat atau hukum-hukum Allah.
- Menghormati pendapat guru dan meningggalkan pendapat atau cadangan sendiri.
- Diam dan tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran yang diajar oleh guru serta mencatat fakta-fakta penting.
- Jangan bertanya ketika guru sedang mengajar tetapi bertanyalah ketika diberi peluang oelh guru atau pada masa lain yang bersesuaian.
- Jangan bertanyakan sesuatu yang tidak faham kepada rakan sebelah sewaktu guru sedang mwngajar di hadapan.
- Jangan menyombong atau bangga diri dengan ilmu yang dimiliki dan juga sijil-sijil yang diperolehi.
- Jangan sombong dengan guru apatah lagi menentangnya.
- Sentiasa merendah diri dan menghormati guru dengan mendahului salam ketika berjumpa atau sewaktu guru masuk kelas. Malah, sentiasalah ringan tulang untuk berbakti kepada guru.
Kesimpulan
Adab-adab belajar ini penting untuk kita semua terutamanya para pelajar. Ini kerana selagi kita masih bernyawa, kita dituntut untuk menuntut ilmu. Justeru, biarlah ilmu yang diperolehi itu mendapat keredaan Allah SWT dan juga keberkatan daripada guru-guru.
No comments:
Post a Comment