Friday, February 21, 2014

ADAB-ADAB BELAJAR

ADAB-ADAB BELAJAR


















  1. Betulkan niat menuntut ilmu adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
  2. Mulakan dengan doa agar Allah memberikan kefahaman tentang segala yang akan dipelajari.
  3. Taat dan patuh kepada perintah guru selagi tidak melanggar syariat atau hukum-hukum Allah.
  4. Menghormati pendapat guru dan meningggalkan pendapat atau cadangan sendiri.
  5. Diam dan tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran yang diajar oleh guru serta mencatat fakta-fakta penting.
  6. Jangan bertanya ketika guru sedang mengajar tetapi bertanyalah ketika diberi peluang oelh guru atau pada masa lain yang bersesuaian.
  7. Jangan bertanyakan sesuatu yang tidak faham kepada rakan sebelah sewaktu guru sedang mwngajar di hadapan.
  8. Jangan menyombong atau bangga diri dengan ilmu yang dimiliki dan juga sijil-sijil yang diperolehi.
  9. Jangan sombong dengan guru apatah lagi menentangnya.
  10. Sentiasa merendah diri dan menghormati guru dengan mendahului salam ketika berjumpa atau sewaktu guru masuk kelas. Malah, sentiasalah ringan tulang untuk berbakti kepada guru.
Kesimpulan
Adab-adab belajar ini penting untuk kita semua terutamanya para pelajar. Ini kerana selagi kita masih bernyawa, kita dituntut untuk menuntut ilmu. Justeru, biarlah ilmu yang diperolehi itu mendapat keredaan Allah SWT dan juga keberkatan daripada guru-guru.
Blog Ping Tool

KENDERAAN-KENDERAAN SYAITAN

KENDERAAN-KENDERAAN SYAITAN


KENDERAAN syaitan zaman dahulu termasuklah unta, kuda dan keldai. Pada zaman sekarang, kenderaan mereka berupa kereta dan seumpamanya seperti keretapi, kapal terbang dan lain-lain yang digunakan oleh manusia. Jika tuan-tuan mempunyai kenderanan dan tidak mengambil berat terhadap hal ini dengan tidak sama-sama menuju satu destinasi maka jadilah kenderaannya itu sebagai kenderaan untuk syaitan.

       Didalam hadis diterangkan, "Ada unta yang menjadi kenderaan bagi syaitan dan ada rumah yang menjadi rumah syaitan. Adapun unta yang menjadi kenderaan syaitan, aku telah melihatnya. Iaitu salah seorang kamu membawa keluar dengan membawa unta yang telah digemukkannya. Maka ia tidak menuggang seekor pun diataranya. Kemudian ia lalu pada saudaranya yang telah memberhentikannya, tetapi tidak mahu membawanya naik. Adapun rumah-rumah syaitan aku belum melihatnya."
                                                                                                                                        (H.R. Abu Daud)

       Boleh jadi rumah-rumah syaitan pada zaman sekarang ini sekiranya kereta yang dipandu pemiliknya melintasi orang-orang yang mempunyai hajat namun dia tidak menaikkan mereka ke atas kenderaannya.

       Kuda dan haiwan tunggangan lainnya yang dijadikan alat perjudian dan pertaruhan juga dikira sebagai kenderaan-kenderaan syaitan. Rasulullah SAW bersabda, "Kuda itu ada tiga iaitu kuda untuk Allah, kuda untuk syaitan dan kuda untuk manusia. Adapun kuda untuk Allah adalah yang digunakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanan kotoran dan kencingnya berada di dalam timbangnya. Kuda untuk syaitan adalah kuda yang diperjudikan atau dipertaruhkan. Sedangkan kuda untuk manusia ialah digunakan untuk perkhidmatan manusia sebagai menutupi keperluan."
                                                                                                     (H.R. Imam Ahmad dengan Isnad Sahih)


BlogPingSite.com

SAAT IBLIS DICABUT NYAWA

SAAT IBLIS DICABUT NYAWA

ALLAH SWT berfirman kepada Malalikat Maut, "Wahai Malaikat Maut, Aku menjadikan kamu sebanyak bilangan orang-orang yang terdahulu dan yang terakhir sebagai penolong. Aku jadikan kamu dengan kekuatan semua ahli langit dan bumi."

       Bahawasanya pada hari ini Aku mengenakan pakaian kamu dengan kemarahan. Turunlah kamu dengan kemarahanKu dan cemeti Ku kepada Iblid yang dilaknat. Rasailah kematian dan bawalah kepadanya kepahitan maut dari orang-orang yang dahulu hingga orang-orang yang terakhir dari jin dan manusia dengan dilipatkan dan digandakan kesakitannya. Hendaklah kamu disertai dengan Zabaniah dan Tujuh puluh ribu malaikat yang setiap satunya membawa rantai dari rantai neraka.
       
       Maka turunlah Malaikat Maut dengan perubahan bentuk rupa, andai kata ahli langit dan ahli bumi semua melihat, mereka akan mati kerananya. Datanglah malaikat yang empat mendatangi iblis dan menangkapnya dengan tangkapan yang kuat sehingga Iblis pengsan. Ternyata ia mempunyai rongga jeritan yang amat dasyat sekali.

       Sekiranya manusia mendengar jeritannya nescaya akan pengsan kesemuanya. Tatkala itu, datanglah Malaikat Maut mengatakan, "Wahai orang jahat, sesungguhnya hari ini aku akan merasakan mati kepada engkau, berapa umur yang kamu telah lalui dan beberapa abad kamu telah dinanti oleh malaikat. "Lalu iblis cuba melarikan diri ke arah barat, tetapi malaikat sudah bersedia menantinya disana, kemudian Iblis berdiri di tengah dunia. Di sisi kubur Nabi Adam as sambil berkata, "Wahai Adam, keranan engkau maka hari ini aku menjadi dimarahi dan dilaknati." Katanya lagi, "Wahai Malaikat Maut, dengan tempat manakah engkau memberi minum kepadaku? Seksa manakah yang engkau akan cabutkan nyawaku? Maka jawab Malaikat Maut, " Dari neraka Ladza dan Syaiir."

       Iblis terjatuh ke tanah hingga menjadi satu tempat yang dalam dilaknati dan dibenci. Malaikat Zabaniah menuangkan cecair neraka pada iblis ketika ia dalam nazak itu.

       Allah bertanya kepada Malaikat Maut, "Sipakah yang masih hidup lagi? Sahut Malaikat Maut, "Engkau-lah Zat yang masih tinggal, Jibril, Mikail, Israfil dan aku sendiriserta Hamlatul Arsy. Firman Allah SWT, "Cabutlh nyawa mereka semua." Maka Malaikat Maut pun mencabut kesemua nyawa mereka yang tinggal hanya Allah SWT dan Malaikat Maut, tidakkah engkau mendengar FirmanKu:
       "Setiap yang hidup itu akan merasai mati."

       Maka engkau pun salah satu dari makhluk Ku. Menurut hadis Rasulullah SAW, bahawasanya Allah SWT memerintahkan Malaikat Maut supaya mengambil nyawanya sendiri, disuruh pergi di antara neraka dan syurga. Bila sampai disana, Malaikat MAut memusatkan pandangannya ke tengah langit maka ketika itu tercabutlah nyawanya dan ia menjerit dengan satu jeritan yang sangat kuat sehingga jika didengari oleh makhluk yang hidup semuanya akan mati. 

BlogPingSite.com

SENJATA MENGHADAPI TIPU DAYA SYAITAN

SENJATA MENGHADAPI TIPU DAYA SYAITAN


MUSUH yang jahat bernama syaitan ini memang bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia. Kitapun telah mengetahui sasaran dan cara-cara syaitan dalam menyesatkan mangsanya. Jika manusia lalai tentang perkara ini, maka sesungguhnya syaitan akan menawannya dan mengarahkannya sesuai dengan kehendaknya.

       Ibnu Al-Jauziah telah menggambarkan pertarungan antara manusia dan syaitan dengan gambaran yang indah, katanya " Ketahuilah sesungguhnya hati itu laksana suatu benteng yang di atasnya dikelilingi oleh pagar-pagar. Pada pagar itu terdapat pintu-pintu dan celah-celah. Penghuninya adalah akal dan malaikat yang mengawal benteng itu. Di sekitarnay ada "rabadh" iaitu tempat yang di huni oleh hawa nafsu, syaitan juga menempati ruang itu tanpasebarang rintangan.

       Pertarungan sentiasa terjadi antara penghunibenteng dan penghuni rabadh. Syaitan sentiasa meronda di sekitar benteng mencari-cari pelang dari kelalaian manusia untuk menceroboh melalui celah-celah pagar. Oleh kerana itu hendaklah bagi penjaga benteng mengenal pasti semua pintu-pintu benteng yang dijaganya dan memastikan ke semua celah-celah. Jangan sampai lengah dari penjagaan walaupun hanya sesaat kerana sesungguhnya musuh tidak pernah lengah. Seseorang bertanya kepada Hasan Al-Bashri: "Adakah iblis itu tidur?" Hasan menjawab: "Sekiranya dia tidur, dapatlah kita beristirehat."

       Benteng ini disinari dengan zikir kepada Allah dan diterangi oleh Iman. Di dalamnya terdapat cermin yang membuat semua perkara yang melintas dekatnya nampak dengan jelas di dalamnya. Perkara pertama yang dilakukan oleh syaitan terhadap rabadhain (dua tempat) itu ialah membanyakkan asap sehingga membuat persekitaran benteng menjadi hitam danmengotori cermin. Kejernihan (kesempurnaan) fikiran dapat mengepam asap keluar dan kemurnian zikir pula dapat melicinkan cermin.

       Musuh melancarkan serangan dengan pelbagai cara. Sesekali ia masuk ke dalam benteng dan menyerang hendap pengawal kemudian keluar lagi. Kadang-kadang ia masuk dan memusnahkan, dan kadang-kadang ia tinggal disitu untuk hembusan angin yang menghalau asap keluar, sehingga asap bertakung dan menghitamkan kawasan benteng kerana lalainya kesepakatan yang disokong oleh hawa nafsu. Atau juga ia menjadi seperti ahli fewah dalam keburukan. 

(Dipetik dari buku Himpunan Kisah-kisah Jin Iblis Syaitan)
www.blogpingtool.com

HIMPUNAN KISAH-KISAH JIN, IBLIS, DAN SYAITAN

KISAH 2
IBLIS MERAYU SEMUA PERINGKAT UMUR MANUSIA

IBLIS adalah makhluk Allah yang diciptakan dari api, lebih dahulu dari manusia. Sedang manusia diciptakan dari tanah, tetapi mendapat kehormatan lebih tinggi, menjadi wakil Allah di bumiu. Iblis tidak mahu memberi hormat kepada Adam, merasa dirinya lebih tinggi. Ia menolak perintah Tuhan, meskipun mendapat ancaman, iaitu neraka jahanam.
       
       Iblis takbur, tidak patuh terhadap perintah Allah, kerana itu dia tidak menjadi hambaNya yangh kafir. Kerana kekafirannya itu Allah telah menyediakannya neraka untuknya dan hidup didalamnya penuh dengan kesakitan dan kepedihan yang tidak terkira.
       
       Iblis menerima keputusan Allah, iaitu akan di masukkan di neraka Jahanam meskipun tahu disana sangat menyedihkan. Oleh sebab itu, iblis mencari teman dari umat manusia, keturunan Adam. Ia minta kepada Allah dua perkara iaitu:
  1. Agar diberi umur yang sangat panjang, tidak akan mati sampai hari kiamat.
  2. Agar dibolehkan menggoda semua manusia sepanjang masa.

       Firman Allah yang bermaksud: Iblis berkata : " Ya Tuhanku (kalau demikian) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan (hari kiamat)." Allah berfirman : " Maka sesungguhnya kamu termasuk orang -orang yang diberi tangguh. Sampai hari yang ditentukan. Iblis berkata: " Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (keturunan Adam) memandang baik perbuatan maksiat di muka bumidan pasti aku menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Enghkau yang mukmin diantara mereka." 
( Al-Hijr: 36-40)

       Allah memperkenankan permintaan iblis itu. Iblis hidup terus, tidak akan mati sampai datangnya hari kiamat nanti. Ia sentiasa menggoda insan, kecuali orang-orang yang beriman. Mereka tahu dan sedar, ajakan Iblis hanya akan menyesatkan. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : "Sesungguhnya hamba-hambaKu tidak ada kekuasaan bagimu pada mereka yang (menggodanya, memujuknya) kecuali orang-orang yang mengikuti kamu, iaitu orang-orang yang sesat."
(Al-Hijr: 42)

       Iblis sangat pandai merayu dan menyesatkan manusia. Ia akan datang setiap waktu dari depan dan belakang, dari kiri dan kanan, melewati sanak-saudara dan handai taulan. Ia boleh masuk ke tubuh manusia, berjalan di dalamnya seperti jalannya darah. Boleh bersembunyi di hati, boleh bertempat di akal dan boleh bertahta di seluruh anggota badan.

       Apabila sedang berada di hati, orang menjadi was-was, ragu-ragu dan bimbang dalam kebenaran. Membaikkan yang salah, senang yang buruk dan membenci kebenaran. Apabila sedang berada di akal, manusia ingin mengejar keuntungan sendiri, membinasakan orang lain tanpa kasihan. Memberi isyarat agar apapun yang diperolehi untuk kehancuran. Apabila sedang berada di mata, senang memandang maksiat, memberi keterangan yang salah, dan menjauhkan diri dari yang bena. Dan apabila sedang duduk di telinga akan berusaha mendengarkan yang buruk untuk disebarkan. Mencari fitnah untuk disiarkan. Demikian seterusnya, apabila Iblis berada dalam anggota tubuh, selalu membawa orang dalam kesesatan. Sabda Nab SAW bermaksud: "Sesungguhnya syaitan (iblis) berjalan pada manusia di pembuluh-pembuluh darah ( semua yang boleh dilalui darah). (HR. Bukhari & Muslim)

       Hadis tersebut menunjukkan kepandaian iblis menghasut dan menggoda manusia. Selalu engubah cara dan bentuknya disesuaikan denga keadaan manusianya.

       Semua orang termasuk nabi dan rasul para alim ulamadan cendekiawan didatangi iblis untuk dirayu dan disesatkan. Seperti iblis pernh datang merayu Nabi Adam dan berhasil mengeluarkan baginda dari taman keindahan. Iblis datang merayu Qabil putera Adam, sehingga rela membunuh saudara kandungannya, Habil. Iblis masuk di hati Zulaika sehingga merayu Nabi Yusuf, yang menyebabkan Nabi Yusuf dipenjarakan, meskipun Nabi Yusuf dalam kebenaran. Iblis datang merayu kepada Qarun seorang di antara umat Nabi Musa, sehingga dia enggan membayar zakat, enggan membantu fakir miskin bahkan memiliki sikap angkuh. Akhirnya Allah menurunkan seksa dan azab yang sangat pedih, Qarun ditelan bumi bersama harta dan keluarganya.

       Semua rayuan iblis bertujuan agar manusia tidak percaya kepada Allah, agar tidak mematuhi perintahNya dan agar melanggar laranganNya. Iblis mengajak orang memuaskan hawa nafsu, tidak perlu mematuhi kaedah-kaedah agama Islam. Demikian itu ramai orang menjadi kafir, fasik dan banyak membuat kejahatan, akhirnya mereka mendapat seksa api neraka bersama iblis.

       Kerana kelicikan dan kepandaian iblis, segala ajakannya nampak manis memikat hati dan menyenangkan. Tetapi orang yang mengikutinya pasti menyesal.

       Dalam menghadapi orang yang beribadat, iblis berusaha menampakkan perbuatan yang baik, pura-pura ikut solat. Ikut berdiri tatkala orang sedang solat, ikut rukuk tatkala orang sedang rukuk. Ia mendengarkan zikir di sisinya.Setelah berulangkali datang dengan cara meyakinkan, iblis mulai masuk marayu agar orang tadi merubah cara beribadatnya, menambah yang tidak diajarkan agama dan mengurangi yang ada. Dengan cara ini, yang selalu beribadah akan terjerumus.

       Iblis juga membisikkkan kepada orang yang beribadah supaya meneruskan ibadahnya, tidak perlu bekerja mencari untuk keluarganya. Tidak perlu bergaul dengan masyarakat dan lain-lain.

       Dalam merayu orang berharta, iblis masuk dalam akal fikirannya dan membisikkan supaya menggunakan harta untuk kepentingan dirinya sendiri. Digerakkan fikirannya bahawa harta yang diperoleh adalah hasil titik peluh diri sendiri dan bukan pemberian Allah. Orang lain tidak layak menikmatinya dan orang miskin tidak perlu dibantu kerana sudah nasibnya begitu.

       Orang kaya yang dapat dirayu iblis, bukan sahaja menjadi seorang yang kedekut dan bakhil untuk membantu orang lain malah menjadi seorang yang boros dengan hartanya. Menjadi sombong dan takbur, tidak mahu menghiraukan penderitaan fakir miskin, tidak mahu menghiraukan kemaslahatan bersama. Apabila diminta membantu seseorang sekadar sesuap nasi, seteguk air, dia akan selalu mengungkit-ungkitnya kembali tetapi jika untuk dirinya sendiri tidak pernah diambil kira dan mengungkitnya walaupun jumlahnya berlebihan. Berasa berat untuk melakukan kebaikan, tetapi dengan mudah untuk melakukan maksiat.

       Dalam merayu orang miskin, iblis memperlihatkan nasib dan penderitaannya. Dinampakkan kekurangan makan, peritnya kerana tidak terpenuhi keperluan. Dinampakkan betapa kedekutnya dan jahatnya orang kaya yang tidak menghiraukan orang miskin, tidak mahu langsung memberikan pertolongan kepada mereka.

       Iblis menanamkan dalam hati orang miskin rasa benci kepada Allah dan kepada orang kaya. Ditanamkan bahawa Allah tidak adil, tidak mempedulikan keadaannya dan tidak memberi rezeki. Orang miskin diajak mencaci Allah, mengeluh dan akhirnya tidak percaya kepadaNya. Sabda Nabi SAW bermaksud: "Hampir-hampir kemiskinan itu membawa kepada kekafiran".

       Dalam merayu orang tua, iblis membisikkan dalam hatinya agar mencintai anaknya sepenuh hati, memberi semua permintaan anak tanpa diteliti terlebih dahulu, membiarkan semua perbuatannya tanpa diawasi. Dibisikkan dalam hati, anak merupakan hasil cinta kasih pautan hati. Maka tidak boleh dihardik, tidak boleh dimarahi.

       Setelah itu, iblis menghasut anak, dibisikkan agar melakukan segala perbuatan sesuka hatinya. Demikianlah sedikit demi sedikit ramai orang tua membiarkan anaknya melakukan maksiat tanpa dipberi peringatan. Jika demikian, maka tidak akan bahagialah rumahtangga, kampung dari tetangga tidak aka tenang. Firman Allah yang bremaksud: "Sesungguhnya harta benda dan anak cucumu (sekalian) merupakan ujian (bagimu)."

       Orang tua yang kuat imannya, tidak akan terpedaya dengan rayuan iblis, beerti lulus dalam ujian. Anak-anak selalu diperhatikan, diperintahkan agar berbuat yang benar dan meniggalkan kemungkaran. Dibimbing agar selalu ingat dan jangan sampai lupa kepada Allah SWT. 

       Luqmanul Hakim contoh orang tua yang lulus ujian, terlepas dari rayuan Iblis. Beliau selalu memperhatikan perbuatan anaknya, beliau memberi bimbingan dan pelajaran.

       Firman Allah SWT maksudnya: 
        "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah; sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."
                                                                                                                                            (Luqman: 13)    
       Dalam menghasut orang yang berkuasa, iblis membisikkan dalam dada mereka agar menggunakan kekuasaannya untuk memenuhi keinginannya. Rakyat adalah miliknya, kerana itu harus taat segala perintahnya.

       Penguasa yang boleh dirayu iblis menjadi pemimpin yang sombong, tidak cinta dan kasihan pada rakyat miskin; bahkan dianggap hamba yang harus memenuhi keinginannya. Bahkan ada yang merasa dirinya paling berkuasa, sampai menolak ketentuan Allah.

       Raja-raja Mesir yang bergelar Firaun, terutamanya yang hidup zaman Nabi Musa (iaitu Ramses), salah satu contoh penguasa tersesat yang menuruti hasutan Iblis. Firaun tidak mengakui kekuasaan lain di luar dirinya. Ia menganggap dirinya sebagai Tuhan yang harus disembah oelh seluruh rakyat, bahkan seluruh makhluk yang ada. Ketika Nabi Musa datang membawa ajaran agama Allah, ia sangat marah dan berusaha menghancurkannya.

       Semua orang tidak telepas dari hasutan iblis. Muali dari orang yang kaya sehingga pengemis; mulai penguasa tinggi yang tinggal dalam istana megah sampai rakyat kecil yang hidup di daerah pedalaman; mulai pegawai tinggi sampai buruh di pasar . Mereka setiap detik dihasut Iblis agar menjadi sesat. Barang siapa yang lalai maka dia akan tersesat; tetapi barang siapa yang selau berwaspada dan beriman kepada Allah, pasti dia akan selamat.

   
www.BlogPingSite.com

HIMPUNAN KISAH-KISAH JIN, IBLIS, DAN SYAITAN

KISAH 1 
JIN IKUT MASUK KHATAM AL-QURAN


ABU Amran At-Tamar menceritakan pengalaman ajaibnya berkenaan dengan Qari Hassan Al-Hafri. Pada suatu pagi sebelum masuk waktu fajar, Abu Amran telah bergegas ke masjid Al-Hafri untuk mengerjakan solat sunat dan berzikir.  Akan tetapi sesampainya di masjid, beliau mendapati pintu masjid masih dikunci. Beliau hanya mengintai dari luar dan mendapati Syekh Hasan sedang duduk seorang diri sambil berdoa kepada Allah. Sebentar kemudian terdengar suara riuh di dalam masjid dengan tiba-tiba, Abu Amran mengintai lagi, ternyata lebih ramai orang duduk di belakang Hasan Al-Hafri sambil berkata: "Amin....amin....amin...."
       Abu Amran duduk di luar pintu sambil mendengarkan mereka sehingga Hassan selesai berdoa, kemudian bangun dan berazan Subuh. Lepas itu beliau membuka pintu masjid dan Abu Amran pun masuk. Alangkah terkejutnya Abu Amran, apabila melihat tidak ada orang pun didalam masjid kecuali Hasan seorang. Sedangkan sebelumnya seperti ramai yang memenuhi ruang masjid. Sebentar kemudian barulah jiran-jiran masjid datang untuk solat Subuh. Abu Amran menunggu sehingga orang ramai selesai solat dan bertanya untuk meluahkan keharainannya kepada Hassan.
       " Wahai Abu Said! Demi Allah aku melihat sesuatu yang sangat ajaib malam tadi." Kata Abu Amran.
       " Apa yang engkau lihat?" Tanya Hassan Al-Hafri.
     " Malam tadi aku melihat ramai orang sedang mengaminkan doa di belakangmu, akan tetapi apabila engkau membuka pintu masjid,aku tidak nampak seorangpun selain engkau. Pelik betul." Kata Abu Amran.
       " Mereka adalah golongan jin Islam. Mereka sengaja datang beramai-ramai untuk khatam Al-Quran bersamaku setiap malam Jumaat. Setelah selesai, mereka pun beredar." Jawab Hasan Al-Hafri. 

http://www.blogpingtool.com

Saturday, February 15, 2014

NOTA SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 2

NOTA SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 2 

KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR 

TANGAN BRITISH

2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu

• Dasar campur tangan British bermaksud British melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.

• Walaupun sebelum ini British menyatakan tidak mengamalkan dasar campur tangan, tetapi mereka telah mengambil Pulau Pinang, Singapura serta Melaka dan membentuk Negeri-Negeri Selat. 

• Negeri-Negeri Selat telah menjalin hubungan dagang yang aktif dengan negeri-negeri Melayu.

Faktor-faktor campur tangan British di negeri-negeri Melayu ialah:- 


1. Kekayaan Hasil Bumi


• Negeri-Negeri Melayu kaya dengan bijih timah, emas, bijih besi, dan arang batu.


2. Revolusi Perindustrian


• Revolusi Perindustrian menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan.

• Negeri-Negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah mesti dikuasai untuk mendapatkan bekalan bijih timah yang berterusan dan menjadi tempat memasarkan hasil keluaran kilang.


3. Penciptaan Kapal Wap dan Pembukaan Terusan Suez


• Penciptaan kapal wap dapat mempercepat perjalanan dan membawa muatan yang lebih banyak.

• Pembukaan Terusan Suez dapat memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu.



4.Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Eropah Lain



• British tidak akan membiarkan kuasa-kuasa lain campur tangan di Asia Tenggara.

• Belanda telah meluaskan kuasanya ke Indonesia, manakala Perancis menduduki IndoChina dan Sepanyol menduduki Filipina.


5. Pertukaran Kerajaan Mengubah Dasar British



• Pada tahun 1873, Parti Konservatif mengambil alih pucuk kepimpinan British daripada Parti Liberal. Kerajaan baru British telah menukar dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.



6. Desakan Pedagang Mempercepat Campur Tangan



• Keadaan huru-hara timbul akibat pertelingkahan di kalangan pembesar dan pergaduhan kongsi gelap. Pedagang Negeri-Negeri Selat mendesak British campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka.

• Pada tahun 1873, seramai 243 orang pedagang Negeri-Negeri Selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jaiahan British, Lord Kimberley bagi mendesak British campur tangan.

2.2 Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British

Ketidakstabilan di Perak

• Pada tahun 1848, Long Jaafar membawa masuk orang Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di Larut.
• Tercetusnya pergaduhan sesama orang Cina kerana kebanyakan mereka memasuki kongsi gelap yang bertentangan, sama ada Ghee Hin atau Hai San.
• Pergaduhan ini membawa kepada Perang Larut dan menjejaskan perusahaan bijih timah.
• Keadaan bertambah buruk apabila berlaku perebutan takhta di kalangan kerabat diraja kerana sistem pewarisan takhta tidak diamalkan sepenuhnya.
• Selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871, Raja Ismail (Raja Bendahara) telah dilantik sebagai sultan.
• Pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusuf. Mengikut sistem pewarisan takhta, Raja Abdullah ialah Raja Muda yang sepatutnya ditabal menjadi sultan. Raja Yusuf pula pernah menjawat jawatan Raja Di Hilir tetapi diketepikan kerana tidak disukai pembesar Perak. 
• Raja Abdullah meminta bantuan British.
• Andrew Clarke berunding dengan pembesar-pembesar Melayu dan kongsi gelap Cina untuk menamatkan kekacauan.
• Hasil rundingan telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Perjanjian ini menandakan bermulanya penguasaan secara langsung British dalam pentadbiran Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor 1874

Syarat-syarat Perjanjian ialah :-
h) Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
i) Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda.
j) Sultan menerima seorang Residen British yang akan menjadi penasihat baginda.
k) Residen berkuasa ke atas pungutan cukai di Perak.
l) Residen, Penolong Residen, Sultan, dan pembesar dibayar gaji daripada hash negeri Perak.
m) Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima Penolong Residen.
n) Menteri Larut akan membiayai kos mengembalikan keamanan negeri.


Selangor (Konflik Perang Saudara)

• Perang Klang yang berlaku semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad memberi peluang kepada British mencampur tangan di Selangor.
• Daerah Klang yang kaya dengan bijih timah menjadi rebutan antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah.
• Pada mulanya daerah Klang berada di bawah kuasa Raja Sulaiman.
• Apabila Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang tidak diserahkan kepada Raja Mahadi, iaitu putera Raja Sulaiman. 
• Sebaliknya, daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah.
• Perang Saudara yang dikenali sebagai Perang Klang berlaku apabila Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah.
• Perang Saudara ini menjejaskan kegiatan perdagangan di Selangor.
• Sultan Abdul Samad telah melantik menantu baginda Tengku Kudin untuk mendamaikan kedua-dua pihak.
• Tengku Kudin ialah putera diraja Kedah.
• Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar Selangor kerana beliau dianggap bukan anak watan Selangor.
• British berpeluang campur tangan di Selangor apabila Tengku Kudin meminta bantuan British untuk menamatkan perang saudara di Selangor.
• Tengku Kudin berjaya menewaskan Raja Mahadi dan menamatkan Perang Klang dengan bantuan British.
• British cuba mendesak Sultan Abdul Samad supaya menerima Residen British tetapi tidak berjaya.
• Namun begitu, British terus menunggu peluang dan mencari alasan untuk menempatkan residennya di Selangor.
• Dua peristiwa yang berlaku di perairan Selangor telah memberi peluang kepada British untuk mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British.
1873 - kapal dagang British dirompak oleh lanun berdekatan Langat
1874- rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado diserang.
• Pada tahun 1874, Selangor terpaksa menerima J.G. Davidson sebagai Residen dan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.
• Dengan itu, British mula berkuasa di Selangor


Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

• British berpeluang mencampur tangan di Negeri Sembilan apabila pembesar tempatan di Sungai Ujong, iaitu Dato' Kelana Syed Abdul Rahman meminta bantuan British untuk mengukuhkan kedudukannya dalam perebutan kuasa di daerah Sungai Ujong.
• Dato' Kelana Syed Abdul Rahman yang telah dilantik menjadi pemerintah di daerah Sungai Ujong pada tahun 1872 telah dicabar oleh Dato' Bandar Kulop Tunggal.
• Perebutan kuasa antara mereka berlaku kerana masing-masing hendak menguasai pungutan cukai terhadap pedagang yang menggunakan Sungai Linggi, iaitu sebatang sungai dalam daerah Sungai Ujong.
• Sungai Linggi ialah jalan pengangkutan utama ke pelabuhan Melaka.
• Jadi pembesar yang menguasai Sungai Linggi akan memperoleh kekayaan.
• Dato' Kelana Syed Abdul Rahman telah bersetuju menerima perlindungan British pada tahun 1874.

Perjanjian Dato Kelana dengan British:

a. Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah di daerah Sungai Ujong oleh British.
b. British mempunyai kuasa penuh dalam hal pengutipan cukai di Sungai Linggi.
c. P. J. Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama di daerah Sungai Ujong.

• Dato' Bandar membantah pengutipan cukai di Sungai Linggi oleh British.
• Dato' Bandar telah ditewaskan oleh Dato' Kelana dengan bantuan tentera British.
• Dato' Bandar dibuang negeri ke Singapura.
• British meluaskan pengaruhnya di Negeri Sembilan dengan melantik Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Rembau, Jelebu dan Seri Menanti.
• Tugas Majistret dan Pemungut Hasil adalah untuk menguatkuasakan undang-undang British dan memungut cukai.


British bimbang pertapakan kuasa Eropah lain di Pahang

• Sultan Pahang, Sultan Ahmad. memajukan Pahang untuk menyekat perluasan pengaruh British.
• British cuba meluaskan pengaruhnya di Pahang kerana bimbang kemajuan Pahang akan menjejaskan kepentingan mereka di negeri-negeri Melayu yang lain.
• Pada tahun 1886, British menggunakan kaedah memujuk untuk memujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal berbuat demikian.
• Pada tahun 1887, British dengan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor berjaya memujuk Sultan Ahmad menerima wakil British.
• Pada tahun 1888 British berpeluang untuk campur tangan secara langsung di Pahang apabila seorang warganegara British berbangsa Cina yang bernama Goh Hui ditemui mati di kawasan berdekatan istana Sultan Ahmad.

2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar

• Campur tangan British telah menyebabkan pengenalan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 
• British melantik seorang Residen bagi setiap negeri. Negeri-negeri ini diletakkan sebagai negeri naungan British. 
• Keadaan ini telah menggugat kuasa sultan dan pembesar.

2.4 Pengukuhan Kuasa British melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

• Sistem Residen di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang mempunyai banyak kelemahan kerana tiada panduan yang jelas.
• Corak pentadbiran di ketiga-tiga negeri tersebut tidak seragam dan Residen menjadi terlalu berkuasa sehingga Gabenor Negeri-negeri Selat tidak berupaya mengawal kuasa Residen.
• Untuk mengatasi masalah ini, British telah menyatukan negeri-negeri tersebut di bawah suatu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.

Sebab-sebab pembentukan persekutuan ialah:
i. Menyamakan pentadbiran antara NNMB supaya sistem percukaian, sistem keadilan dan undang-undang diselaraskan dan diseraganikan.
ii. Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.
iii. Mengatasi masalah kewangan negeri Pahang.
iv. Memajukan sistem perhubungan antara negeri.
v. Mengawal kuasa Residen yang semakin bertambah.
vi. Memperkukuh pertahanan negeri daripada ancaman luar.

2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan 

Kesan Pembentukan Persekutuan
a) Wujud kerjasama antara keempat¬-empat buah negeri.
b) Pelaburan asing bertambah terutama dalam sektor perlombongan dan penanaman getah.
c) Undang-undang kehakiman dapat diselaraskan.
d) Perkhidmatan pakar dapat dikongsi bersama.
e) Ketua-ketua jabatan di Kuala Lumpur lebih berkuasa dan pegawai tertinggi terdiri daripada orang British.
f) Residen Jeneral berkuasa penuh dalam menentukan dasar pentadbiran.
g) Sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mendapati kuasa mereka semakin berkurangan. Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak British.

• British bersetuju menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu bagi mengatasi masalah tersebut pada tahun 1897.
• Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar Pertama berlangsung pada tahun 1897 di Kuala Kangsar. Ini adalah perintis ke arah Persidangan Raja-raja Melayu yang diadakan setiap tahun sekarang.
• Pada tahun 1903, Durbar Kedua diadakan di Kuala Lumpur.

Dalam Durbar Kedua, Sultan Idris (Sultan Perak) telah mendesak agar:-
e) kuasa raja-raja Melayu dikembalikan.
f) bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditingkatkan.
g) pegawai Melayu dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.
h) Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

Kesan desakan Sultan Idris dalam Durbar Kedua:
d) Durbar digantikan dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909.
e) Jawatan Residen Jeneral dimansuhkan dan digantikkan dengan jawatan Ketua Setiausaha.
f) British mengembalikan kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.




http://www.blogpingtool.com

Friday, February 14, 2014

NOTA SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 1

NOTA SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 1

KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

Pengenalan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)

SHTI ditubuhkan pada tahun 1600 di England. Syarikat ini diberi hak monopoli dalam perdagangan antarabangsa dan ditugaskan untuk meluaskan tanah jajahan oleh kerajaan British.

1.1 Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di 

Pulau Pinang

Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI
• SHTI perlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera.
• Kegemilangan dan kemakmuran Kedah telah menarik minat Syarikat Hindia Timur Inggeris.
• Akan tetapi, SHTI tidak boleh menguasai negeri Kedah kerana pada ketika itu Siam menganggap Kedah di bawah naungannya. SHTI mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
• Kedudukan Pulau Pinang yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat dapat memenuhi semua keperluan SHTI. Pada masa itu, Pulau Pinang merupakan scbahagian daripada Kedah.
• SHTI ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai:-

(a) Pusat Pengumpulan Barang

SHTI telah berjaya memonopoli perdagangan teh yang menguntungkan di China. Teh sangat diminati di Eropah. Sebagai tukaran dengan teh, China mahukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam. Kesemua barang-¬barang ini boleh diperoleh di Kepulauan Melayu. Pulau Pinang merupakan tempat yang sesuai sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut.

(b) Pelabuhan Persinggahan

Pelabuhan Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai tempat menyediakan bekalan air, makanan dan kemudahan memperbaiki kapal sebelum kapal-kapal belayar ke Canton, China. Pelabuhan ini juga sesuai dijadikan tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

(c) Pangkalan Tentera

Pada abad ke 18. British bermusuhan dengan Perancis. Perancis memiliki sebuah pangkalan tentera di Pulau Mauritius. Pemilikan ini mengancam keselamatan British di Madras kerana melalui pangkalan ini, Perancis dapat menyerang British dalam masa yang singkat. Oleh itu, Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada diserang oleh Perancis.

Peta 1.1 Pulau Pinang dan Seberang Perai merupakan sebahagian daripada wilayah negeri Kedah sebelum tahun 1791.

Kedaulatan Kedah tercabar
• Kedah makmur sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada kurun ke-16. Kuala Kedah merupakan pelabuhan entrepot yang penting di Kepulauan Melayu. 
• Kedaulatan dan kemakmuran negeri Kedah telah dicabar dan ditentang dari dalam dan luar negeri.

Ancaman Bugis
• Masalah di negeri Kedah muncul apabila Sultan Muhammad Jiwa yang memerintah Kedah (1723-1778) telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah pada tahun 1770.
• Pelantikan tersebut tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tungku Abdullah bukan anak gahara
• Anak gahara ialah anak raja yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan raja. 
• Kerabat diraja Kedah telah membuat pakatan sulit dengan orang Bugis di Selangor untuk menyerang Kedah
• Raja Haji, seorang pemimpin Bugis telah mengetuai untuk menyerang dan menawan Kuala Kedah sertaAlor Setar.
• Sultan Muhammad Jiwa terpaksa berundur ke Kangar. Baginda berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Syarikat Jourdain Sullivan and deSouza di India untukmenentang Bugis bagi mengembalikan kedaulatan Kedah.
• Firma telah menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771.
• Melalui satu perjanjian yang telah di dibuat antara firma dengan Sultan Muhammad Jiwa, firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah. Sebagai balasan firma dikehendaki memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah bagi menyerang Bugis.
• Perjanjian tersebut telah dibatalkan Sultan apabila firma enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor.

Ancaman Siam dan Burma
• Kedah menghadapi ancaman daripada ancaman Siam kerana Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma pada tahun 1753-1781.
• Setelah peperangan tamat, Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia. kesejahteraan rakyat.
• Kedah juga menghadapi ancaman daripada Burma kerana tidak membantu Burma semasa Burma berperang dengan Siam. 
• Sultan Kedah berasa terancam dan ingin mengekalkan kedaulatan dan kesejahteraan rakyat.
• Oleh itu, Sultan Abdullah (1778-1797) terpaksa mendapatkan bantuan tentera daripada SHTI.Baginda menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI untuk memperoleh perlindungan.
• Tawaran Sultan Abdullah amat menarik minat Francis Light kerana pihak Inggeris sememangnya sedang berusaha mencari pengkalan baru di Kepulauan Melayu.

1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang


• Francis Light menerima tawaran SultanAbdullah.

• Francis Light telah menandatangani Perjanjian Inggeris - Kedah dengan pada tahun 1786 tanpa pengetahuan SHTI.



Perjanjian Inggeris- Kedah 1786



• SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh

• SHTI tidak boleh melindungi musuh-musuh Kedah

• SHTI akan membayar 30 000 Dolar Sepanyol setahun kepada sultan Kedah sebagai pampasan

• Sultan Abdullah telah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat beliau mestilah memberikan bantuan ketenteraan kepada beliau apabila diperlukan. 

• Dengan rasminya pada II ogos 1786, upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan dan ini menandakan bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.

• Pulau Pinang telah dinamakan sebagai Prince of Wales Island oleh Francis Light. 
• Kawasan petempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama Raja England, iaitu King George III.



SHTI mungkir janji



• Pada tahun 1786, Kedah diancam oleh Siam. 

• Sultan Abdullah telah meminta SHTI memberikan bantuan ketenteraan seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786.

• SHTI tidak mahu memberikan bantuan ketenteraan kepada Kedah dengan alasan SHTI tidak terlibat dalam Perjanjian 1786. 

• Perjanjian tersebut hanya ditandatangani antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.

• Sebenarnya. SHTI tidak mahu menyinggung perasaan Siam untuk menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.

• Sultan Abdullah telah mendesak Francis Light supaya meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak mengotakan janjinva.
• Francis Light tidak mahu meninggalkan Pulau Pinang dan sebaliknya menawarkan bayaran ganti rugi Sultan Abdullah
• Tindakan tersebut telah menyebabkan Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu.
• Baginda telah menyediakan angkatan tentera taut di Seberang Perai dengan bantuan daripada Riau, Siak dan Selangor untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang. 
• Francis Light telah menyerang kubu Sultan Kedah di Seberang Perai dengan bantuan tentera British.
• Sultan Abdullah akhimya kalah dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan lnggeris¬ Kedah pada I Mei 1791.
• Antara syarat-syarat perjanjian ini ialah:-



Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah

1 Mei 1794



1) SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi

2) SHTI akan membayar $6,000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah setiap tahun

• Gabenor Pulau Pinang yang pertama ialah George Leith.



1.3SHTI Mengambil SeberangPerai


• SHTI telah membangunkan Pulau Pinang sehingga menjadi pangkalan laut dan pusat perdagangan yang penting di Kepulauan Melayu

• SHTI memerlukan kawasan Seberang Perai sebagai benteng pertahanan kepada sekiranya Pulau Pinang diserang dari tanah besar. 

• Selain itu, kawasan tanah di SeberangPerai adalah subur dan sesuai untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan di Pulau Pinang.

• SHTI berpeluang mengambil Seberang Perai apabila Sultan Dziauddin meminta bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam. 

• SHTI telah mengambil kesempatan ini dan memaksa Sultan Dziauddin menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith pada bulan Jun 1800.

• Syarat-syarat Perjanjian dan Perikatan 1800:



Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800



• Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai

• SHTI akan membayar 10 000 Dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai

• Dengan perjanjian ini, SHTI menduduki Seberang Perai yang kemudiannya dikenali sebagai Province wellesly. 

• Pada tahun 1821, Kedah sekali lagi telah tertipu dengan janji-janji manis SHTI apabila Siam menyerang Kedah tetapi SHTI tidak memberi sebarang bantuan. 

• Akhirnya Kedah ditakluki oleh Siam walaupun rakyat Kedah berjuang mempertahankan kedaulatannya.

• Pada Jun 1826, Perjanjian Bumey telah ditandatangani antara Raja Siam iaitu Rama Ill dengan Henry Burney.


Perjanjian Burney 1826



Antara syarat perjanjian ialah:

1. British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah.

2. Sultan ndah, Sultan Ahmad ?ajuddin II tidak didenarkan tinggal di 7(edah, Pulau Pinang, Sederang Perai, Pera k Selangor dan Burma.

3. British tidak akan mem6antu sultan 7(edah menyerang Siam Ian ajahan takfuknya.

4. British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah, dan J(edah hendakfah membayar ufti bunga emas kepada Siam.

5. Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.



Kita dapat melihat bahawa Francis Light dan SHTI telah memungkiri syarat-syarat perjanjian dan menggunakan tipu muslihat untuk mengambil Pulan Pinang dan Seberang Perai daripada Sultan Kedah.



1.4 Pertapakan SHTI di Singapura



SHTI gagal memajukan Pulau Pinang 
• Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu kerana kedudukannya kurang strategik. Pulau Pinang terletak terlalu jauh ke utara di Selat Melaka. Kebanyakkan kapal dagang lebih suka berdagang di Betawi, Riau dan Lingga. 
• SHT1 telah menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon.
• Melaka dab Betawi ialah tanah jajahan Belanda pada ketika itu. 
• Raja Belanda telah membenarkan British menduduki tanah jajahan Belanda untuk menyelamatkan tanah jajahan itu daripada diduduki Perancis.
• Melaka dan Betawi yang diduduki sementara oleh British akibat Perang Napolean diserahkan kembali kepada Belanda apabila Perang Napoleon tamat. 
• Pemulangan ini menjejaskan perdagangan Inggeris di Kepulauan Melayu. 
• British sangat memerlukan sebuah pangkalan baru di Kepulauan Melayu kerana:-
a) Perdagangan SHTI dengan China semakin penting. Oleh itu, perlunya sebuah pelabuhan yang strategik di selatan Selat Melaka untuk menguasai laluan perdagangan antara China dengan India.
b) SHTI ingin memecahkan monopoli perdagangan Belanda. Di samping itu, Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan yang buruk kepada pedagang British di Betawi. 
• Stamford Raffles telah diminta untuk mencarikan sebuah pelabuhan baru untuk menyaingi pengaruh Belanda.

Singapura pangkalan perdagangan yang strategic


• Raffles telah mencadangkan kepada SHTI bahawa Singapura boleh dijadikan sebagai pangkalan baru

• Pada masa itu, Singapura berada dalam wilayah takluk kerajaan Johor.
• Raffles sangat berminat dengan Singapura kerana:

(a) Kedudukan Singapura yang strategik dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.

(b) Singapura sesuai dijadikan pelabuhan bebas yang dapat menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi. 
(c) Singapura dapat menyekat kemaraan kuasa Belanda di Kepulauan Melayu.
(d) Singapura dapat menyekat monopoli perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu.


Peta 1.3 Kedudukan pelabuhan-pelabuhan utama di laluan perdagangan antara India dengan China.

Taktik Raffles mengambil Singapura
• Raffles tiba di Singapura Pada tahun1819. 
• Singapura diperintah olehTemenggung Abdul Rahman.
• Satu perjanjian telah dibuat pada 30 Januari 1819 antara Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman. 
• Perjanjian itu terpaksa ditandatangani oleh Temenggung Abdul Rahman kerana beliau bimbang diserang oleh Raffles.
• Syarat-syarat perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles: 

Perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles


• SHTI boleh mendirikan loji di Singapura

• SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada sebarang ancaman
• SHTI akan membayar 3 000 Dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung
• SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain

• Perjanjian tersebut dianggap tidak sah kerana dibuat tanpa persetujuan daripada Sultan Johor, iaitu Sultan Abdul Rahman.

• Raffles dapat mengatasi masalah tentangan daripada Sultan Abdul Rahman apabila mengetahui adanya masalah pewarisan takhta yang berlaku pada tahun 1812.
• Raffles telah menggunakan masalah pewarisan takhta kerajaan Johor sebagai helah untuk bertapak di Singapura.
• Masalah perebutan takhta kerajaan Johor bermula apabila Tengku Abdul Rahman, putera bongsu Sultan Johor, telah dilantik menjadi Sultan Johor.
• Tengku Abdul Rahman yang bergelar Sultan Abdul Rahman turut mendapat pengiktirafan daripada Belanda.
• Putera sulung Tengku Hussein atau Tengku Long tidak dilantik sebagai Sultan kerana baginda tidak ada semasa kemangkatan ayahandannya.
• Tengku Hussein pada ketika itu berada di Pahang kerana melangsungkan perkahwinannya.
• Sekembalinya dan Pahang, Tengku Hussein menuntut hak menjadi Sultan Johor.
• Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rabman dan menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan menjadi Sultan Johor.
• Pada 6 Feb 1819, Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman denganRaffles.
• Dengan ini, SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura.
SHTI mencengkam Singapura
• SHTI telah membuat beberapa perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung untuk mengukuhkan kedudukannya di Singapura.
• Raffles menandatangani satu perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura pada Jun 1823. 


Syarat-syarat Perjanjian 7 Jun 1823: 

Antara syarat perjanjian ialah:-


• Sultan menerima bayaran sebanyak 1500 dolor Sepanyol dan Temenggung menerima 800 dolor Sepanyol setiap bulan.

• Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina.
• SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan pulau pulau yang berdekatan dengannya kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.
Perjanjian 7 Jun 1823
• Pada 2 Ogos 1824, satu lagi perjanjian ditandatangani antara John Crawfurd, iaitu Residen Singapura, dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk memaksa Sultan Hussein menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI.
• Syarat-syarat Perjanjian 2 Ogos 1824:

Perjanjian 2 Ogos 1824


Antara syarat perjanjian ialah:

1. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama¬lamanya.
2. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya.
3. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Qahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.


1.5 Perpecahan Kepulauan-Melayu

• Pendudukan British di Singapura dibantah oleh Belanda yang mendakwa bahawa Singapura adalah di bawah lingkungan pengaruhnya.
• Belanda bimbang pembukaan Singapura akan menjejaskan kepentingan ekonomi dan politik Belanda di Kepulauan Melayu.
• Belanda juga bimbang dengan kemajuan Singapura sebagai pusat perdagangan, aktiviti perdagangan di Betawi akan terjejas.
• British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda dan hal ini telah mencetuskan ketegangan antara British dengan Belanda.
• Akhirnya pertikaian antara British dengan Belanda diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824.
• Perjanjian tersebut juga dikenali sebagai Persetiaan London.
• Syarat-syarat perjanjian Inggeris¬Belanda 1824 : 


Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac 1824
Antara syarat perjanjian ialah:

1. Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.
2. Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.
3. British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, sementara Belanda menyerahkan Melaka kepada British.
4. British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura.
• Perjanjian ini telah membawa beberapa kesan. Antaranya ialah:
(a) Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua kawasan pengaruh, iaitu Kepulauan Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British manakala Kepulauan Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda.
(b) British dapat meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu. 
(c) British telah memiliki tiga pelabuhan penting di Tanah Melayu, iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. 
(d) British dapat menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka.
(e) Empayar Johor-Riau berpecah


Peta 1.4 Pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda akibat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

1.6 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-negeri Selat 

• Setelah termeterai Perjanjian Inggeris¬Belanda 1824, SHTI mempunyai tiga petempatan, iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
• Corak pentadbiran di ketiga-tiga petempatan tersebut berbeza.
• Leftenan Gabenor mentadbir Pulau Pinang. Singapura dan Melaka masing¬-masing ditadbir oleh Residen.
• Untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan, ketiga-tiga petempatan disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826.
• Ibu Negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang yang kemudiannya digantikan oleh Singapura pada tahun 1832 kerana kedudukan Singapura yang lebih strategik dan menguntungkan.
• Pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor.
• Gabenor dibantu oleh Residen Konsular.
• Gabenor bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral di India


Peta 1.5 Kedudukan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826
• Dasar pentadbiran Gabenor Jeneral British di India tidak disenangi oleh penduduk tempatan dan saudagar kerana merasakan NNS seolah-olah tanah jajahan India.
• Saudagar-saudagar British di NNS mahukan kerajaan British memindahkan pentadbiran NNS ke London.

Antara sebab penduduk tempatan dan saudagar British merayu supaya pentadbiran NNS dipindahkan dari India ke London pada tahun 1867 ialah:

(a) Kebajikan NNS tidak diambil berat oleh SHTI di India.
(b) SHTI di India hendak menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura.
(c) SHTI di India tidak mengawal kedatangan imigran Cina ke NNS. Imigran Cina menubuhkan kongsi gelap dan sering bergaduh sesama sendiri.
(d) Para perdagang rugi apabila SHTI di India menggantikan mata wang dolar Sepanyol dengan mata wang rupee India melalui Akta Akta Wang 1855.
(e) NNS dijadikan tempat buangan banduan.

• Akhirnya kerajaan British mengistiharkan NNS sebagai tanah jajahan pada 1 April 1867.
• NNS diletakkan dibawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London.
•Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan NNS menggubal perlembagaan dan undang¬-undang sendiri.

BlogPingSite