Sunday, March 16, 2014

Kelebihan Orang Yang Menghafal Al-Quran

Kelebihan Orang Yang Menghafal Al-Quran

Assalamulaikum wrt. Insya Allah kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua beberapa kelebihan orang yang menghafaz Al-Quran.

Pertama : Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran akhirat yang dijanjikan di dalam hadis nabi SAW terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran dunia yang dberikan mereka.
  1. Para penghafaz Al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah swt.          Sabda Rasulullah SAW maksudnya: " Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatNya dikalangan manusia". Lalu mereka bertanya, "Siapakah mereka ya Rasulullah?" Jawab baginda, " Mereka adalah ahli Al-Quran, merekalah kerabat Allah dan orang-orang pilihanNya." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
  2. Penghafaz Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.                                                    Nabi SAW maksudnya, "Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya." (Hadis Riwayat Muslim)
  3. Penghafaz Al-Quran mendapat pengiktirafan daripada Nabi SAW.                               Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi SAW mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan Al-Qurannya."Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya:  “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
  4. Al-Quran Menjanjikan Kebaikan.                                                                                             Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud, “Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring.” Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan.   Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu
    Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kedua: Ganjaran di akhirat
  1. Ibu bapa penghafaz Al-Quran mendapat kemuliaan.                                                        Nabi SAW bersabda maksudnya: " Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.
    (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
    Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.
    Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : “Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
  2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).                                               Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
    (Hadis Riwayat Muslim)
    Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit).”(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).
  3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.                                         Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf”.
    (Hadis Riwayat Tarmizi)
Kesimpulan
Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Pelbagai kajian dilakukan daripada dahulu sampai sekarang, berapa banyak rahsia-rahsianya telah dicungkil keluar. Kajian terhadapnya tidak akan habis sampai bila-bila. Begitulah kelebihan yang ada pada al-Quran, tetapi tidak ramai pun manusia yang ingin mengambilnya sebagai wasilah kehidupan. Tambahan pula orang yang menghafal dan membacanya selalu, maka bertambah-tambahlah keberkatan al-Quran di dalam kehidupannya dan kehidupan orang yang dekat dengannya.

Jangan khuatir, jika kita tidak menghafal al-Quran, boleh jadi suami kita nanti seorang yang menghafal al-Quran, atau isteri kita, atau anak-anak kita, atau cucu-cucu kita kelak. Cuma, kita jangan putus asa berdoa kepada Allah swt agar diberi kesempatan. Insyaallah, kita akan merasai keberkatannya di dalam kehidupan kita semua jika al-Quran menjadi satu cara hidup.
www.blogpingtool.com

Saturday, March 15, 2014

Doa Menghindar Daripada Sihir Melalui Makanan/Minuman

Doa Menghindar Daripada Sihir Melalui Makanan/Minuman

  1. Setiap kali sebelum makan atau minum hendaklah membaca doa makan dan disertai dengan doa dibawah :


  • Pastikan ianya diamalkan setiap kali sebelum makan atau minum jika tidak diamalkan ia tidak akan menjadi dan kemungkinan anda boleh terkena sihir.
http://www.blogpingtool.com

Holy Water ( Air Kristian)

Holy Water ( Air Kristian)

Assalamualaikum wrt. Insya Allah buat kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang air yang dibuat oleh orang kristian untuk menyesatkan umat ISLAM pada hari ini. Air ini sedang berleluasa di merata tempat terutamanya di tempat-tempat kebajikan seperti di hospital. 

  • Air ini dihasilkan daripada janin yang gugur kemudian dikisar (blend).
  • Kemudian dicampur pula dengan kuku kambing, duri-duri, miam buluh, bahan-bahan tajam dan banyak lagi benda yang merbahaya.
  • Semasa air ini dihasilkan, ia akan dibaca dengan jampi-jampi sihir.
  • Seterusnya ia diproses supaya air ini kelihatan jernih.
Bagi sesiapa yang minum atau terminum air ini akan menyebabkan :
  1. Lidah menjadi keras dan kaku untuk mengucap.
  2. Terngiang-ngiang ditelinganya bisikan yang mengatakan engkau dah tak perlu membaca al-quran, tak perlu solat, tak perlu puasa dan ............... kerana engkau adalah KRISTIAN sekarang.
Bagi menghindarkan diri daripada terkena SIHIR, hendaklah mengamalkan doa dibawah ini :
  • Setiap kali sebelum makan/minum, hendaklah membaca doa sebelum makan dan disertai dengan (rajah doa di bawah doa sebelum makan)


  • Perkara ini akan terhindar SEKIRANYA diamalkan setiap kali sebelum makan atau minum sesuatu. Jika ia tidak di amalkan kemungkinan anda boleh terkena sihir melalui makanan atau minuman.
Diharap agar semua pembaca dapat mengamalkan dan SHARE kepada orang lain agar kita umat Islam sama-sama selamat daripada penipuan musuh-musuh islam.




http://www.blogpingtool.com

CARA MUDAH MENGHAFAZ AL-QURAN

CARA MUDAH MENGHAFAL AL-QURAN

Assalamualaikum, insya allah disini saya ingin mengkongsikan kepada anda semua terutamanya kepada yang betul-betul ingin menghafal al-quran. Beberapa langkah yang perlu anda lakukan. Langkah-langkahnya senang sahaja dan mudah untuk ingat untuk semua orang insya allah.

  1. Target 5 ayat sehari untuk dihafal.
  2. Baca ayat pertama 20 kali.
  3. Baca ayat kedua 20 kali.
  4. Baca ayat ketiga 20 kali. 
  5. Baca ayat keempat 20 kali. 
  6. Baca ayat kelima 20 kali.
  7. Kemudian ulang ayat 1-5 tadi 20 kali.
  8. Jika tidak ingat, ulang langkah 1-7 sekali lagi sehingga ingat ayat-ayat tersebut.
  9. Apabila sudah ingat, ulang ayat yang dihafal itu tadi 20 kali sebelum menghafal ayat yang berikutnya.
Insya Allah dengan petua-petua ini kita sama-sama dapat menghafal al-quran. Biarlah bukan 30 juz hafalan kita tetapi sekurang-kurangnya kita menghafal juga AL-QURAN ( kalam Allah )

www.BlogPingSite.com